Friday, January 07, 2005
KEMUDAHAN ICT YANG DIPERLUKAN SEMASA BENCANA
Sewaktu bencana berbagai-bagai sumbangan adalah diperlukan, makanan, pakaian, perubatan, tempat tinggal sementara dan berbagai-bagai lagi. Satu lagi perkara yang penting didalam proses bantuan kemanusiaan apabila berlaku sesuatu bencana adalah perkhidmatan ICT. Apakah kemudahan ICT yang diperlukan didalam sesuatu misi kemanusiaan.
Keperluan kemudahan ICT didalam suatu misi kemanusiaan boleh dibahagikan kepada 9 bahagian.
1. Komputer
2. Printer
3. Perisian
4. Jaringan
5. Kamera Digital
6. Kemudahan telekomunikasi
7. Pemindahan SD Disk
8. Storan
9. Keperluan tenaga - charger
1. Komputer dan Printer, memang didalam sesuatu misi menyelamat, peralatan ICT yang paling penting adalah komputer, komputer riba yang teringan dan terkecil adalah yang terbaik. Ini untuk mengurangkan berat dan juga memudahkan pergerakan. Dapatkan komputer riba yang mempunyai lampu penyuluh yang boleh menyinari keyboard, ini penting untuk memudahkan kita menaip didalam gelap. Komputer yang mempunyai kemudahan WiFi adalah perlu untuk memudahakan kita membentuk jaringan.
2. Alat cetak yang sesuai pula adalah dari jenis beberapa didalam satu, ilmu ICT yang kita bincangkan dahulu telah dapat kita manfaatkan sekarang. Alat cetak pastikan yang mempunyai kemudahan cetakan, imbasan dan faks sekali, ini akan memudahkan kita melakukan beberapa perkara didalam sesuatu masa. Dapatkan juga mesin cetak yang mempunyai kemudahan Card Reader, ini membolehkan gambar yang diambil oleh kamera digital dicetak terus tanpa perlu dipindahkan kepada komputer terlebih dahulu. Dapatkan juga alat cetak yang mempunyai kemudahan Wi-Fi bagi memudahkan petugas-petugas mencetak maklumat tanpa perlu risau mengenai kabel sambungan. Alat cetak boleh diakses serentak tanpa perlu mencabut dan memasang balik kabel apabila cetakan diperlukan.
3. Perisian yang paling penting didalam operasi menyelamat adalah perisian Mind Mapper. Perisain Mind Mapper adalah sejenis perisian yang digunakan untuk menyusun maklumat yang sukar untuk dikatogerikan. Apabila berlaku sesuatu bencana, maklumat yang diterima mungkin sukar untuk dikatogerikan, katogeri akan sentiasa berubah, dengan perisian Mind Mapper seperti Mind Manager. Katogeri boleh ditambah apabila diperlukan, dan maklumat boleh dipindahkan dari satu katogeri kepada ketogeri yang lain dengan mudah. Kekeliruan maklumat hasil dari penyusunan maklumat yang tidak sistematik akan menyukarkan pemberian bantuan.
Pemilihan perisian pengurusan bencana yang sesuai membolehkan maklumat yang perlu sahaja dipaparkan, diubah daripada bentuk pengurusan kepada bentuk persembahan, jika terdapat keperluan dimana bilik operasi dikunjungi oleh pihak media atau mereka yang perlu kita berikan taklimat.
4. Jaringan yang paling efektif didalam pembentuk Misi Penyelamat adalah jaringan tanpa wayar iaitu WiFi . Dengan WiFi kita tidak perlu risau berkenaan dengan network kabel, hub, soket dan sebagainya. Pemindahan fail yang diperlukan juga dapat dilakukan dengan mudah tanpa perlu risau mengenai network kad dan sebagainya. Jaringan WiFi boleh diteruskan kepada peralatan lain seperti Printer dan juga kamera.
5. Kamera Digital juga merupakan satu keperluan penting didalam misi-misi kemanusiaan terutama sekali misi antarabangsa. Dengan kamera digital gambar tempat kejadian boleh dihantar secara digital balik ke markas di negara adalah untuk analisa lanjut. Gambar-gambar juga penting untuk saudara mara mengenal pasti mangsa yang terkorban. Gambar yang diambil secara digital boleh dipaparkan di Internet melalui teknik BLOG dimana maklumat boleh dikongsikan secara terus ke seluruh dunia. Gambar yang kita ambil dan dipaparkan di Internet pasti akan dapat meredakan keresahan saudara mara mangsa yang terlibat. Kemudahan ini akan menjadi lebih penting jika kawasan bencana merupakan kawasan yang dikunjungi oleh pelancung atau mereka yang datang dari negara lain.
Telefon bimbit yang berkamera membolehkan gambar dihantar melalui MMS terus ke Internet terus tanpa perlu membentuk laman web. Teknologi ini telahpun digunakan di RMKL melalui MMS RMKL. Gambar yang diambil oleh ditambahkan dengan maklumat sampingan seperti tempat, keadaaan dan sebagainya.
Kita sambung topik ICT didalam menangani bencana ini pada minggu hadapan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment