Tuesday, January 04, 2005
MENGAPA MENDERMA MELALUI SMS TIDAK EFEKTIF - Surat kepada Pangarang
Takziah diucapkan kepada mangsa-mangsa trajedi Tsunami akibat gempabumi pada 26 hb Dec yang lepas. Apabila berlaku sesuatu bencana rakyat Malaysia adalah diantara yang paling pemurah untuk mengulurkan bantuan pertama. Tidak kira berapa banyak tabung diadakan, sekejap sahaja, ianya telah mencapai kutipan ketahap jutaan ringgit.
Untuk memudahkan masyarakat menderma, terdapat juga banyak cadangan yang mensyorkan supaya tabung derma secara hantaran SMS diwujudkan. Ini memandangkan pengundian secara SMS terhadap konsert, peraduan dan sebagainya yang pernah dianjurkan telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan. ("Usahakan derma melalui SMS" diruangan ini pada 31 Dec 2004)
Jika difikirkan secara kasar memang teknik menderma melalui SMS sepatutnya sudah lama dilaksanakan. Tetapi mengapa sehingga kini tidak ada pendermaan secara besar-besaran melalui saluran SMS diwujudkan. Sebenarnya proses menderma melalui SMS ini telahpun diwujudkan oleh beberapa badan dan syarikat. Sesetengah television TV pun telah menghebahkan yang proses pendermaan boleh dilakukan melalui SMS.
Kami sebagai syarikat yang terlibat didalam pembekalan prasarana dan teknologi SMS kepada agensi kerajaan seperti Jabatan Polis, Stesen Radio RTM dan PLUS juga banyak menerima permohonan daripada pelbagai pihak untuk menggunakan kemudahan SMS ini sebagai satu saluran untuk memungut derma, tetapi setelah kami menerangkan cara atau proses pengurusan wang yang disumbangkan melalui SMS kebanyakaan dari mereka tidak berminat untuk meneruskan hasrat mereka. Jika ada diantara mereka yang meneruskan cara sumbangan melalui SMS, mereka mungkin melakukannya dengan cara berat hati dan maklumat bagaimana wang sumbangan melalui SMS ini diuruskan tidak dimaklumkan kepada penderma.
Pendermaan wang melalui SMS tidak sama seperti menderma wang tunai melalui tabung atau akaun bank, ini adalah kerana pelbagai pihak terlibat dialam pengurusan wang yang yang akan didermakan itu. Apabila kita menderma RM1 melalui cara biasa, jumlah wang dermaan yang bernilai RM1 tersebut akan diterima oleh mereka ingin kita dermakan.
Tetapi apabila kita menderma melalui SMS wang RM1 yang kita dermakan itu apabila sampai ketangan mereka yang ingin kita dermakan hanya bernilai 70 sen atau 50 sen sahaja, bergantung kepada syarikat telekomunikasi yang kita langgan. Ini kerana syarikat telekomunikasi mengenakan caj 30 hingga 50 peratus keatas semua caj yang diambil daripada akaun penghantar samaada pra bayar atau pasca bayar.
Jadi jika kita menderma RM10, sebenarnya hanya RM7 sahaja akan sampai ke tangan penerima. Potongan ini adalah diluar bidang kuasa syarikat pembekal yang menyediakan perkhidmatan SMS, ianya ditetapkan oleh syarikat telekomunikasi itu sendiri. Memang betul perbincangan boleh dilakukan diantara syarikat-syarikat telekomunikasi yang terlibat. Tetapi sebelum kita menuduh syarikat telekomunikasi mengambil keuntungan diatas wang derma kita elok kita kaji bagaimana perniagaan syarikat telekomunikasi ini dilakukan.
Sebagai contoh jika kita membeli kad prabayar bernilai RM100. Kita pasti mahu menggunakannya sehingga RM100. Syarikat telekomunikasi apabila mereka menjual kad prabayar kepada pengedar mereka tidak menjualnya dengan harga RM100, mereka menjualnya dengan kadar pengedar mungkin RM80. Jadi jika seseorang itu menderma RM100, syarikat telekomunikasi perlulah memberi nilai RM100 keatas derma yang anda lakukan, jadi mereka akan kerugian RM20 bagi setiap derma yang dilakukan. Ini berlainan dengan pemberian "air-time" bernilai RM100 kerana, kemudahan "air-time" bernilai RM100 adalah realitif.
Ini tidak termasuk dengan kos laluan bagi pengunaan laluan talian dan kos penyelangaraan yang dicaj sebanyak sebelas sen yang perlu ditanggung oleh penyedia prasarana SMS.
Bukan itu sahaja, wang yang didermakan oleh penderma, tidak boleh diperolehi secepat mungkin seperti pendermaan melalui tunai atau cek. Ianya akan diterima selepas 30 - 90 hari mengikut keadaan. Pada masa itu wang derma kita sudah tidak dapat memberi nilai sebesar semasa ianya diperlukan iaitu pada masa kita menderma.
Walaupun ini merupakan kekangan pada masa maklumbalas ini ditulis, bebarapa syarikat telekomunikasi telah menyatakan persediaan untuk melupuskan peratusan yang akan dikenakan keatas derma yang dilakukan melalui SMS, namun begitu ianya tertakluk keatas persetujuan pihak pengurusan. Terdapat juga syarikat telekomunikasi yang tidak mampu untuk memberi kelongaran walaupun untuk tujuan derma.
Sebagai penyedia perkhidmatan yang berada dikedua-dua belah pihak, iaitu pihak syarikat telekomunikasi dan pihak pelanggan, kami berasa apa-apa proses yang melibatkan wang dan lebih-lebih lagi wang yang melibatkan wang derma perlulah ditangani dengan cukup berhati-hati agar tidak ada pihak yang teraniaya.
Buat masa ini cara yang paling berkesan seperti yang dilakukan oleh Stesen-stesen Radio RTM - Stesen Interaktif Lembah Klang RMKL dan Radio Satu yang telahpun menggunakan kemudahan SMS ini sejak tiga tahun yang lalu adalah dengan memberitahu akaun tabung-tabung yang memang telah wujud untuk tujuan-tujuan bencana seperti ini melalui SMS tidak dengan menderma melalui SMS.
Maklumat akaun tabung dapat diperolehi dengan menghantar SMS; RMKL DERMA atau R1 DERMA dan hantar ke DAPAT|32728, dengan cara ini pendengar bolehlah menderma terus kepada tabung akaun yang telah diwujudkan tanpa ada masaalah pemotongan wang yang ingin didermakan.
Diharap penerangan ini akan dapat memberi pemahaman yang lebih jelas kepada para pembaca lain yang mungkin juga terfikir dan bertanya mengapa proses sumbangan derma tidak dilakukan secara menyeluruh melalui SMS seperti yang dilakukan didalam proses undian konsert dan juga pertandingan yang dilakukan pada satu masa dahulu. Jika ada penyediaan proses pendermaan melalui SMS buat masa ini mereka juga turut menghadapi kekangan yang sama.
- Azli Paat, SMS DAPAT, Kuala Lumpur.
--------------------------------------------------------------------------
Azli Paat
Naib Presiden
Interactive Vista Sdn Bhd
No 2, Jalan Pemberita U1/49
Temasya Industrial Park, Glenmaire
40150 Shah Alam Selangor Darul Ehsan
Tel: 603 55602755
web:www.dapat.com
email: azli@dapat.com
hp:0193398905
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment