Rakaman infoICT

Thursday, January 06, 2005

PENGUNAAN ICT DIDALAM MISI KEMANUSIAAN

Apabila berlaku sesutu bencana, perkara yang paling penting yang perlu adalah sistem komunikasi yang efektif. Jika dahulu sistem komunikasi efektif hanya boleh diperolehi oleh organisasi yang besar-besar tetapi sekarang apabila berlaku bencana sistem komunikasi yang terdiri dari telefon bimbit, pengunaan SMS dan MMS telah merupakan peralatan komunikasi yang efektif. Kita tidak lagi berjumpa dengan petugas yang menggunakan walkie-talkie petugas-petugas seperti di Pusat Keselamatan Negara yang diketuai oleh Pengarah Maritimenya Tuan Rahim dan kakitangannya, semuanya menggunakan XDA dua dalam satu yang boleh digunakan sebagai komputer, telefon bimbit, dan organizer. Moulder dan Scully juga tidak pernah kita lihat menggunakan walkie-talki lagi. Dengan pengunaan teknologi seperti ini dialam mengkoordinasikan sesuatu misi kemanusiaan, maklumat telah dapat dikongsi dengan lebih mudah, kata putus yang dapat mempercepatkan operasi dapat diperolehi dengan lebih cepat. Sebagai contoh oleh kerana Misi Sahabat RMKL adalah merupakan kumpulan yang terkahir didalam Misi ke Acheh, maka kebanyakaan maklumat yang ingin diberi tidak lagi dapat disampaikan didalam bentuk dokumen pos atau fax. Kebanyakaan kata putus dilakukan melalui telefon bimbit dan SMS. Sebagai contoh apabila kebenaran diperlukan untuk membuat imunisasi di Hospital Kuala Lumpur, dan nama kami tidak termasuk didalam senarai, kelulusan dari Tuan Rahim diperlukan. Panggilan ke nombor pusat gerakan adalah sibuk jadi kami membuat panggilan ke telefon bimbit beliau, ianya juga sibuk dan dijawab oleh mesin penjawab. Oleh kerana kebenaran suntikan ini adalah penting maka kami menghantar SMS terus kepada XDA beliau dan terus dijawab, beliau telah berada di Jakarta untuk mengiringi Perdana Menteri disana. Keputusan penting telah dapat diperolehi tidak kira dimana seseorang itu berada. Majlis penyerahan barangan sumbangan Sahabat RMKL telahpun dilaksanakan oleh TImbalan Perdana Menteri semalam, Pengawal RMKL Tengku Idris dan Pengawal Radio Selangor Puan Arbayiah bagi mewakili Puan Adillah juga berada bersama, jadi Sahabat RMKL telahpun ada mempunyai rakan sahabat radio baru iaitu Radio Malaysia Selangor. Mereka menamakan kelab mereka Kelab SS atau Sahabat Selangor. Insyaalah lepas daripada ini kita mungkin boleh melakukan aktiviti bersama dengan Kelab SS ini. Untuk menghantar SMS ke RMS mulakan SMS anda dengan RMS diikuti dengan mesej anda dan hantar ke DAPAT. Berbalik semula kita kepada pengunaan teknoloGI didalam Misi Kemanusaiaan. Walaupun ICT adalah pengunaannya dengan cara yang efektif adalah lebih penting. Oleh kerana SMS di RMKL menggunakan teknologi DAPAT maka kita telah tidak perlu mengingati lagi no telefon yanag diperlukan untuk menghantar SMS. Kadangkala telefon ada tetapi no tidak ada. Kebanyakaan SMS yang saya terima daripada sahabat adalah melalui DAPAT mereka hanya perlu menaip RMKL @ AZLI diikuti dengan mesej yang ingin dihantar dan hantar ke DAPAT, mesej mereka akan diterima, yang baiknya oleh kerana mereka adalah Sahabat RMKL nama gelaran mereka dipaparkan secara automatik didalam SMS yang mereka hantar. Jika mereka ingin mendapatkan no tel saya hanya taip RMKL AZLI hantar ke DAPAT. Sahabat lain boleh juga memperolehi kemudahan ini yang dinamakan LAMAN SMS RMKL, saya cadangkan yang sahabat yang terlibat didalam Misi Kemanusiaan ini mengemaskinikan laman SMS masing-masing dengan meletakan no tel bimbit masing-masing, dengan cara ini apabila nama sahabat mereka diumumkan untuk mereka hubungi maklumat boleh diperolehi dengan menaip RMKL diikuti dengan nama sahabat. Saya rasa sahabat tidak perlu risau kerana semua sahabat rmkl sekarang adalah terdiri dari Sahabat yang berhemah dan telah seperti saudara, jadi bolehlah tambahkan no tel bimbit anda kedalam laman SMS yang telah disediakan. Untuk mengemaskini laman web anda taip: RMKL SET INFO diikuti dengan maklumat yang ingin anda kongsikan. Saya ingin juga mengucapkan terima kasih kepad sahabat kita Yoblabun yang telah membantu Sahabat kita Seriwangi untuk mendaptkan pembaharuan passport antarabangsa beliau bagi misi kemanusiaan ke Acheh esok. Untuk Sahabat yang berada di Kuala Lumpur anda masih boleh menghulurkan bantuan anda dengan membantu membungkus barangan yang disumbangkan untuk mangsa tsunami melalui Pusat Penerimaan Barangan di Pejabat Bulan Sabit Merah. Pusat ini beroperasi 24 jam sila kesana apabila ada masa terluang, bawa sekali rakan-rakan untuk mempercepatkan proses pengagihan ini. Kita tidaklah mahu barang-barang yang telah disumbangkan dengan besar hati oleh penyumbang lambat sampai kepada penerima yang memerlukannya. Saya masih berada di Malaysia kerana ada tugas yang perlu diselesaikan, pagi ini saya diberi penghaargaan didalam suatu seminar untuk memberi Penerangan tentang pengunaan SMS untuk membantu didalam proses pemasaran didalam sesuatu perniagaan yang dianjurkan di Hotel Armada yang akan bermula pada pukul 9 pagi ini. Untuk mereka yang mungkin tidak dapat hadir tidak perlu risau saya akan bincangkan topik tersebut didalam segmen infoICT yang akan datang. Untuk mendapatkan maklumat PBSM. Taip RMKL PBSM dan hantar ke DAPAT. Persatuan Bulan Sabit Merah 32, Jalan Nipah, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur (bersebelahan Kedutaan Korea) En. Azmi 0342578122

0 comments: