Rakaman infoICT

Monday, February 21, 2005

BAGAIMANA HENDAK MENGHANTAR MESEJ MELALUI BLUETOOTH

Kelmarin saya ada membincangkan mengenai pengunaan Bluetooth yang ada didalam telefon bimbit kita. Banyak juga pertanyaan yang saya terima mengenai bagaimana cara hendak mengaktifkan bluetooth, dan ada yang telah aktif tetapi hendak menutup kemudahan tersebut. Pagi ini saya ingin luangkan sedikit masa untuk membincangkan mengenai bagaimana hendak mengaktifkan dan menghentikan kemudahan ini. Tidak seperti kemudahan GPRS atau SMS, kemudahan bluetooth tidak memerlukan kita menghubungi syarikat telekomunikasi untuk mengatifkannya. Kita hanya perlukan telefon bimbit atau PDA yang mempunyai kemudahan Bluetooth. Untuk mengaktifkan kemudahan ini, pengguna perlu pergi kebahagian, connectivity, mungkin menu ini dibawah setting. Pilih arahan Bluetooth On. Kemudian berikan nama pengenalan Bluetooth kepada telefon bimbit anda dengan memilih arahan My Phone name. berikan nama yang boleh rakan-rakan kita kenali. Jika tidak diubah nama jenama dan model akan digunakan sebagai ganti. Satu tanda ikon kecil akan muncul diatas skrin menunjukkan yang kemudahan Bluetooth kita telah pun aktif. Bagimana hendak menghantar mesej? Sebenarnya kita tidak boleh menghantar mesej seperti menghantar SMS melalui Bluetooth tetapi kita boleh menghantar Business Card jadi kita gunakan kemudahan penghantaran business card ini sebagai cara kita menghantar mesej. Caranya, wujudkan kontak yang baru dengan cara memilih add contact, kemudian pada bahagian nama, masukkan mesej yang hendak dihantar. Sebagai contoh Apakhabar nak pergi mana tu? Kemudian pilih send Business Card, dan pilih via Bluetooth. Perkataan searching for Device akan dipaparkan dan semua telefon bimbit yang didalam lingkungan 10 meter dan telah mengaktifkan kemudahan bluetooth akan disenaraikan. Kita hanya perlu memilih daripada senarai siapakah yang patut menerima maklumat yang telah kita taip tadi. Mesej Connecting to akan dipaparkan dan maklumat yang kita taip sebagai nama didalam business card tadi akan dihantar kepada penerima. Jika penerima menekan yes, untuk menerima maklumat yang dihantar, maka mesej tadi akan dipaparkan diskrin penerima. Perbualan boleh disambung dengan penerima melakukan langkah-langkah yang sama untuk menjawab mesej yang dihantar tadi.