Tuesday, June 21, 2005
Memahami Teknologi HDTV (High Definition TV)
Wednesday, June 15, 2005
Arahan sekatan chat di KLFM
Kemudahan CHAT di KLFM telahpun diperkenalkan sejak setahun yang lalu. KLFM merupakan sebuah stesen radio yang pertama yang membolehkan pendengarnya berinteraksi dengan pendengar lain tanpa mengetahui nombor telefon mereka. Dengan berchatting melalui SMS KLFM banyak persahabatan telah terbentuk, banyak perjanjian telah termaktub dan ada juga sehingga ke ijab dan
Kalau dahulu sukar kita hendak mendapat kenalan yang lain, almaklumlah kita bukannya sosial sangat, kehidupan hanya pergi kerja dan balik kerja, jumpa pun mungkin rakan-rakan didalam persekitaran yang sama. Namun dengan menjadi Sahabat di KLFM secara automatik lingkungan kenalan kita telah bertambah berkali-kali ganda. Kalau dahulu kita adalah 60 kawan, sekarang kita telah ada 68,000 Sahabat.
Seperti biasa gigi dan lidah lagikan tergigit apalagi sahabat sendiri, apabila mudah untuk berkomunikasi ini mungkin adalah kesilapan, kesilapan kecil yang menyebabkan perhubungan menjadi renggang. Jika dahulu ada yang inginkan kemudahan untuk berchatting, sekarang ada juga yang memerlukan kemudahan untuk menyekat atau menghalang mereka daripada menerim chat daripada sahabat yang lain.
Pagi ini kita akan bincangkan cara bagaimana kita boleh menyekat daripada menerima chat daripada sahabat yang mungkin kita tidak senangi chat mereka, atau sukar untuk menerima jawapan Tidak. Diharap dengan wujudnya kemudahan ini dapat menjernihkan suasana.
Arahan untuk kita menghentikan daripada menerima semua chat daripada semua sahabat adalah seperti berikut:
KLFM CHAT OFF
Jika kita hanya hendak menyekat daripada menerima chat daripada seseorang sahabat tertentu sahaja maka arahannya adalah seperti berikut:
KLFM CHAT OFF [nama atau nombor sahabat]
Sebagai contoh kalau alidsorento tidak lagi ini menerima chat daripada Jalalcompunk, bolehlah taip: KFLM CHAT OFF JALALCOMPUNK.
Jika alieed disebabkan oleh sebab-sebab yang tertentu tidak ingin menerima semua jenis chat daripada semua sahabat klfm maka dia perlulah menaip:
KLFM CHAT OFF
Kadangkala terdapat juga sahabat yang seronok menghantar sms ke KLFM tetapi tidak seronok untuk menerima chat daripada sahabat yang lain, maka mereka bolehlah menghantarkan arahan CHAT OFF. Untuk sahabat yang menghantar arahan chat off, satu tanda akan dipaparkan di skrin dj bersebelahan dengan mesej yang mereka hantar, jadi DJ tak perlulah hendak mengalakan sahabat lain menghantar kepada sahabat tersebut.
Namun jika kita handak mengaktifkan semula arahan penerimaan chat maka kita taip semula:
KLFM CHAT ON
Namun begitu jika kita ingin memilih ada yang on dan ada yang off maka kita letakan nama atau nombor sahabat selepas arahan KLFM CHAT ON atau OFF.
Perlu diingatkan bahwa semua arahan-arahan SMS yang dihantar ke KLFM membawa caj 50 sen. Dan jika hujung bulan nanti ada muncul caj 50 sen didalam bil telefon bimbit yang dihantar ke no 32728 tidaklah kita tertanya-tanya bila agaknya kita menghantarnya.
Apabila seseorang menghantar chat kepada penerima yang telah menyekat kemudahan chatnya maka satu balasan akan diberikan yang menyatakan penerima tidak dapat menerima arahan chat yang dihantar kerana sekatan chat keatas nama sahabat telah dilakukan. Walaupun si penerima tidak menerima chat yang dihantar kerana telah disekat, satu sms chat missed-call masih akan dihantar kepada penerima. Dengan cara ini penerima yang telah membuat arahan CHAT OFF boleh lah mengetahui siapakah yang telah ingin berchat dengan beliau semasa beliau telah menyekat arahan KLFM CHAT OFF.
Jika penerima ingin mengizinkan hanya seorang sahabat sahaja yang boleh berchat dengan beliau maka, beliau hanya perlu menaip:
KLFM CHAT OFF [nama atau no sahabat] hantar ke DAPAT
Dengan wujudnya arahan CHAT di KLFM ini sebenarnya adalah untuk mengeratkan silatulrahim bukanlah hendak meruntuhkan silatulrahim yang telah sedia wujud.
© azli paat 2005