Apabila kita selesai menaip didalam Word Processor, satu fail akan diwujudkan untuk kita. Apabila kita mewujudkan fail seterusnya, satu fail yang berlainan lagi juga akan diwujudkan untuk kita. Fenomena ini akan mengakibatkan kita menghasilkan beberapa fail yang perlu diuruskan apabila selesai tugasan seharian kita.
Selepas beberapa lama, kita dengan tidak secara langsung akan mewujudkan banyak fail yang perlu diuruskan secara sistematik. Biasanya kita akan membentuk folder dan membahagi-bahagikan dokumen kedalam folder yang tertentu. Masaalah bermula apabila kita hendak menyemak dokumen yang dihasilkan, kita terpaksa membuka dokumen demi dokumen satu persatu. Apabila hendak memindahkan dokumen, ianya terpaksa dilakukan folder demi folder.
Kini terdapat sebuah perisian yang boleh menghasilkan dokumen seperti Microsoft Office, tetapi ianya berasaskan Database. Ini bermakna setiap dokumen yang dihasilkan akan disimpan sebagai satu rekod didalam satu database. Tidak kira berapa banyak dokumen yang kita hasilkan, ianya masih lagi satu wujud sebagai satu Database satu fail.
Konsep ini dipanggil sebagai Pengurusan Maklumat Persendirian atau PIM (Personal Information Management). Teknik menghasil dan menyimpan dokumen didalam bentuk Database ini akan memudahkan kita mencari maklumat yang telah dihasilkan. Ianya juga memudahkan kita menguruskan semua dokumen yang dihasilkan.
Kini terdapat perisian yang membolehkan maklumat berbentuk teks, Spreadsheet dan juga imej disimpan didalam bentuk database dengan elbih mudah. Perisian tersebut dinamakan Treepad. Ianya boleh diperolehi di www.treepad.com.

0 comments:
Post a Comment