Apabila kita memasang perisian terutama sekali perisian yang kita muat-turun di Internet, kita dengan secara langsung telah mendedahkan komputer kita kepada pelbagai ancaman. Kita tidak tahu samaada perisian yang akan kita pasang itu akan membuat onar di komputer kita.
Kini terdapat kemudahan perisian yang dinamakan Sandboxie yang dapat membataskan akses perisian tersebut hanya didalam perisian Sandboxie sahaja.
Perisian ini boleh dimuat-turun di www.sandboxie.com. Perisian Sandboxie ini akan mewujudkan satu batasan yang menghalang semua arahan yang lakukan oleh perisian yang kita gunakan dari menulis secara terus kepada hard disk.
Semua arahan penulisan akan ditulis secara langsung ke dalam perisian Sandboxie. Apabila perisian Sandboxie ini ditutup semua data yang ditulis semasa perisian tersebut beroperasi akan dipadamkan secara langsung.
Jika terdapat perisian yang melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya, ianya dapat dikesan dengan mudah semasa kita menggunakannya didalam perisian Sandboxie ini.
Perisian Sandboxie ini juga dapat mengawal penulisan data pada perisian yang telah sedia ada didalam komputer kita. Apabila kita menggunakan kemudahan browser dari dalam perisian Sandboxie, semua maklumat dan jejak yang dihasilkan oleh laman web yang kita lawati itu akan ditulis ke dalam perisian Sandboxie. Apabila kita keluar dari Sandboxie, semua maklumat dan jejak yang disimpan di dalam Sandboxie akan dipadamkan secara terus.
Perbezaan – tanpa Sandboxie data ditulis secara terus ke Hard Disk
Perbezaan dengan Sandboxie, data ditulis didalam Sandboxie

0 comments:
Post a Comment