Wednesday, April 25, 2007
Menghasilkan Font sendiri
Tuesday, April 10, 2007
Kemudahan Desktop Blogging
BLOG merupakan satu konsep perkongsian maklumat dengan cara lebih mudah melalui Internet. Jika Laman Web adalah untuk organisasi, laman Blog pula adalah untuk individu. Perbezaan diantara laman blog dengan laman web adalah cara untuk ianya dikemaskini, laman web memerlukan kepakaran untuk dikemaskini dan untuk menyusun maklumat yang dikemaskini mengikut tarikh ianya juga memerlukan masa.
Laman Blog merupakan jawapan kepada masaalah yang dihadapai oleh semua pengguna Internet. Laman Blog telah menjadikan Internet Interaktif. Jika dahulu maklumat di Internet adalah untuk dibaca sahaja kini pembaca sendiri dengan telah boleh menghasilkan kandungan mereka sendiri.
Kemudahan Blog boleh diperolehi dipelbagai laman web dengan percuma diantarnya adalah di www.blogger.com dan www.typepad.com. Proses pendaftaran adalah sangat ringkas dan didalam masa beberapa minit sahaja, pengguna telah boleh memulakan blog masing-masing.
Oleh kerana kemudahan blog merupakan kemudahan yang diwujud di Internet jadi blogger perlulah mempunyai akses ke Internet sebelum boleh mengemaskinikan Blog masing-masing.
Sekarang telah terdapat kemudahan yang membolehkan blogger menaip blog mereka tanpa kemudahan Internet, ini dipanggil Desktop Blogging. Dengan kemudahan Desktop Blogging, blogger boleh menaip blog mereka didalam komputer tanpa perlu sambungan ke Internet. Apabila sambungan ke Internet telah wujud mereka boleh mengemaskinikan blog mereka dengan menekan butang update. Alamat laman web untuk kemudahan Desktop Blogging adalah di www.qumana.com.