Rakaman infoICT

Monday, May 21, 2007

Membuat panggilan telefon menggunkan kemudahan WiFi dengan WiFi Mobile

Setiap hari ada sahaja kemudahan baru yang diwujudkan bagi memanafaatkan teknologi yang ada pada sesuatu masa. Teknologi baru akan lahir apabila ianya menepati tiga perkara, pertama - prasarana, peralatan dan ketiga perisian.

Sebagai contoh telefon bimbit kini telah mempunyai kemudahan WiFi, dipejabat kita juga ada kemudahan WiFi dan didalam telefon bimbit kita ada browser yang membolehkan kita menggunakan kemudahan WiFi untuk melayari laman web melalui telefon bimbit.

Contoh yang kedua, didalam telefon bimbit kita ada WiFi, di pejabat kita ada kemudahan WiFi, namun kita setakat ini masih tidak membuat panggilan menggunakan telefon menggunakan kemudahan WiFi. Ini adalah kerana sebelum ini tidak terdapat perisian yang membolehkan kita berbuat begitu.

Kini penantian kita sudah berahir, perisian yang membolehkan kita membuat panggilan telefon melalui kemudahan WiFi didalam telefon bimbit telah pun wujud. Kemudahan ini yang dinamakan WiFi Mobile telah boleh diperolehi di www.wifimobile.com


Dengan kemudahan ini parasarana WiFi yang sedia ada boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon. Oleh kerana no telefon juga didaftarkan semasa proses memuat-turun perisian, maka no tel yang sedia ada boleh digunakan untuk membuat panggilan.

Friday, May 18, 2007

Menghasilkan ujian secara interkatif dengan lebih mudah - Hot Potatoes

Perisian Hot Potatoes membolehkan guru-guru menghasilkan soalan secara interkatif dengan lebih mudah dan cepat. Terdapat 6 jenis aplikasi yang membolehkan kita mewujudkan solan didalam bentuk:

  1. Soalan Anika
  2. Soalan jawapan ringkas
  3. Silang kata
  4. Memadankan jawapan
  5. Isi tempat kosong
  6. Perkataan berselirat

Perisian ini unik kerana ujian yang dihasilkan adalah didalam bentuk interkatif dan boleh diletakan dilaman web untuk dijawab. Perisian ini juga boleh digunakan oleh ibubapa untuk menghasilkan soalan ujian yang lebih personalised. Ini penting terutama sekali untuk anak yang baru belajar membaca dimana ujian yang personalised ini akan lebih menarik minat mereka untuk mengambil ujian yang dihasilkan.


Wednesday, May 16, 2007

Penyediaan kertas soalan peperiksaan dengan lebih mudah - Exam View

Selamat Hari Guru kepada semua Guru-guru di Malaysia. Tugas guru bukan sahaja untuk mengajar, tetapi juga memastikan murid-murid yang diajar dapat memahami dengan baik apa yang diajarkan. Untuk memastikan murid memahami apa yang diajar, guru-guru perlu menyediakan kertas peperiksaan dihujung sesi pembelajaran.

Kini terdapat perisian yang boleh membantu guru-guru menyediakan kertas soalan dengan lebih mudah dan teratur. Perisian ini dinamakan Exam View, ianya boleh dimuat-turunkan di www.fscreations.com.

Perisian ini dapat membantu guru-guru menyediakan soalan-soalan tanpa perlu menyusunnya satu persatu menggunakan Word atau Excel. Guru hanya perlu menaipkan soalan didalam ruang yang disediakan dan jawapan yang betul, perisian ini akan secara automatik menyusun soalan mengikut susunan yang dikehendaki.

Oleh kerana semua soalan disimpan didalam bentuk database maka, pemilihan soalan yang hendak dicetak boleh dipilih secara rambang. Selain soalan boleh dicetak ianya juga boleh dihasilkan sebagai laman web untuk penuntut menjawabnya secara online.

Thursday, May 10, 2007

Menyimpan Settings sambungan ke Network dengan lebih mudah menggunakan Net Profiles

Zaman sekarang merupakan zaman dimana seseorang itu sentiasa bergerak dari satu tempat ketempat lain untuk melakukan sesuatu tugasan. Tidak seperti telefon bimbit dimana sambungan akan diubah secara automatik apabila kita berubah tempat, settings sambungan ke Internet perlu diubah secara manual apabila kita berada di tempat yang berlainan.

Satu daripada maklumat yang akan berubah-ubah apabila kita berpindah sambungan adalah no IP, walaupun kebanyakaan network telah boleh memberikan no IP secara automatik melalui kemudahan DHCP, namun masih banyak network yang masih memerlukan pengguna membuat perubahan settings mereka secara manual.

Terdapat beberapa settings yang akan berubah apabila kita berubah tempat sambungan, diantaranya adalah no IP, Subnetmask, DNS Server, Default Gateway dan mungkin juga maklumat Proxy. Kesemua maklumat ini boleh kita setkan didalam perisian Net profile ini dan ianya akan disimpan didalam Netprofile dan boleh diaktifkan bila-bila masa sahaja.

Perisian NetProfiles ini boleh dimuat-turun di alamat laman web ini http://netprofiles.danielmilner.com/ Dengan kemudahan NetProfiles ini, pengguna tidak lagi perlu memadamkan maklumat terdahulu untuk diganti dengan maklumat yang baru. Semua maklumat telah boleh disimpan didalam Netprofiles untuk diakses bila masa perlu.


Wednesday, May 09, 2007

Kemudahan Pengurusan Maklumat Persendirian - Treepad

Apabila kita selesai menaip didalam Word Processor, satu fail akan diwujudkan untuk kita. Apabila kita mewujudkan fail seterusnya, satu fail yang berlainan lagi juga akan diwujudkan untuk kita. Fenomena ini akan mengakibatkan kita menghasilkan beberapa fail yang perlu diuruskan apabila selesai tugasan seharian kita.

Selepas beberapa lama, kita dengan tidak secara langsung akan mewujudkan banyak fail yang perlu diuruskan secara sistematik. Biasanya kita akan membentuk folder dan membahagi-bahagikan dokumen kedalam folder yang tertentu. Masaalah bermula apabila kita hendak menyemak dokumen yang dihasilkan, kita terpaksa membuka dokumen demi dokumen satu persatu. Apabila hendak memindahkan dokumen, ianya terpaksa dilakukan folder demi folder.

Kini terdapat sebuah perisian yang boleh menghasilkan dokumen seperti Microsoft Office, tetapi ianya berasaskan Database. Ini bermakna setiap dokumen yang dihasilkan akan disimpan sebagai satu rekod didalam satu database. Tidak kira berapa banyak dokumen yang kita hasilkan, ianya masih lagi satu wujud sebagai satu Database satu fail.

Konsep ini dipanggil sebagai Pengurusan Maklumat Persendirian atau PIM (Personal Information Management). Teknik menghasil dan menyimpan dokumen didalam bentuk Database ini akan memudahkan kita mencari maklumat yang telah dihasilkan. Ianya juga memudahkan kita menguruskan semua dokumen yang dihasilkan.

Kini terdapat perisian yang membolehkan maklumat berbentuk teks, Spreadsheet dan juga imej disimpan didalam bentuk database dengan elbih mudah. Perisian tersebut dinamakan Treepad. Ianya boleh diperolehi di www.treepad.com.

 

Tuesday, May 08, 2007

Sandboxie - Teknik Selamat untuk memandu-uji perisian

Apabila kita memasang perisian terutama sekali perisian yang kita muat-turun di Internet, kita dengan secara langsung telah mendedahkan komputer kita kepada pelbagai ancaman. Kita tidak tahu samaada perisian yang akan kita pasang itu akan membuat onar di komputer kita.

Kini terdapat kemudahan perisian yang dinamakan Sandboxie yang dapat membataskan akses perisian tersebut hanya didalam perisian Sandboxie sahaja.

Perisian ini boleh dimuat-turun di www.sandboxie.com. Perisian Sandboxie ini akan mewujudkan satu batasan yang menghalang semua arahan yang lakukan oleh perisian yang kita gunakan dari menulis secara terus kepada hard disk.

Semua arahan penulisan akan ditulis secara langsung ke dalam perisian Sandboxie. Apabila perisian Sandboxie ini ditutup semua data yang ditulis semasa perisian tersebut beroperasi akan dipadamkan secara langsung.

Jika terdapat perisian yang melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya, ianya dapat dikesan dengan mudah semasa kita menggunakannya didalam perisian Sandboxie ini.

Perisian Sandboxie ini juga dapat mengawal penulisan data pada perisian yang telah sedia ada didalam komputer kita. Apabila kita menggunakan kemudahan browser dari dalam perisian Sandboxie, semua maklumat dan jejak yang dihasilkan oleh laman web yang kita lawati itu akan ditulis ke dalam perisian Sandboxie. Apabila kita keluar dari Sandboxie, semua maklumat dan jejak yang disimpan di dalam Sandboxie akan dipadamkan secara terus.

Perbezaan – tanpa Sandboxie data ditulis secara terus ke Hard Disk


Perbezaan dengan Sandboxie, data ditulis didalam Sandboxie

Friday, May 04, 2007

InfoICT - UBUNTU Sistem Pengoperasian Percuma

Sistem pengoperasian windows terkini telah memerlukan pengguna mendaftarkan perisian mereka melalui Internet ataupun melalui telefon.

Harga perisian Sistem Pengoperasian Komersial adalah tinggi jika dibandingkan dengan harga komputer itu sendiri.

Kos yang tinggi ini banyak menimbulkan masalah kepada pengguna persendirian dan juga pengguna yang menyediakan kemudahan secara tanpa keuntungan.

Ramai juga yang telah menemui kebuntuan samaada hendak menggunakan perisian yang ori yang mahal ataupun menggunakan perisian yang murah tetapai tidak ori.

Pagi ini kita akan membantu menamatkan kebuntuan tersebut dengan wujudnya sistem pengoperasian percuma yang kita boleh gunakan tanpa was-was. Sistem Pengoperasian tersebut dinamakan ubuntu disebut oo-ban-tu. Sistem pengoperaian yang berasaskan linux ini yang telah dibangunkan di Afrika boleh dimuat-turun di www.ubuntu.com.

Ubuntu adalah dari perkataan Afrika kuno yang bermaksud – Kemanusiaan Sejagat. Perkataan Ubuntu pula disebut sebagai – oo – ban – too.

Thursday, May 03, 2007

KLFM - Kemudahan penyimpanan Bookmark di email

Email telah boleh digunakan bukan sahaja untuk menghantar atau menerima mesej, ianya juga telah boleh digunakan untuk menyimpan alamat laman web yang telah kita lawati.

Untuk mendapatkan kemudahn ini, kita hanya perlu mendaftar di alamat laman web di www.toread.cc.

Setelah pendaftaran dilakukan, anda hanya perlu “Right-Click” di atas capaian [toread] untuk memindahkan alamat toread ke Favourite anda.Toread

Selepas proses pemindahan selesai. Anda boleh menghantar alamat laman web yang hendak disimpan terus ke email dengan memilah Favourite “Toread” di senarai Favourite anda.