Kebanyakaan dari kita mempunyai beberapa alamat email yang berlainan, alamat email untuk urusan pejabat dan alamat email untuk urusan peribadi. Masaalah yang biasa dihadapi apabila mempunyai beberapa alamat email berlainan adalah, msaalah untuk membaca email yang diterima.
Sebenarnya terdapat kemudahan lencungan yang boleh kita gunakan untuk melencungkan email yang diterima kepada alamat email yang lain. Dengan cara ini kita hanya perlu membuka satu alamat email sahaja untuk membaca email di alamat-alamat yang lain.
Untuk melencungkan email yang diterima di gmail ke akaun yang lain, sila ikuti arahan berikut.

Apabila email telah boleh dibaca kini sampai masa untuk membalasnya, apabila kita membalas email yang dilencungkan, secara automatik alamat email penghantar akan menggunakan alamat email yang kita gunakan untuk membaca email tersebut.
Jika kita ingin membalas email dengan menggunakan alamat email yang lain, sila ikuti arahan berikut:

Sebelum teknik ini boleh digunakan, anda perlulah mengesahkan yang alamat email yang anda ingin gunakan adalah milik anda. Satu email akan dihantar kealamat email yang dinyatakan. Selapas disahkan, anda bolehlah menggunakan alamat email yang dinyatakan.











