Rakaman infoICT

Thursday, January 24, 2008

Kemudahan VM (Virtual Machine)

VM merupakan kemudahan yang membolehkan sebuah komputer dipasang dengan beberapa Sistem Pengoperasian pada masa yang sama.

Dengan kemudahan ini pengguna yang perlu menggunakan perisian yang tidak serasi dengan sistem pengoperasian yang sedang mereka gunakan sekarang boleh menggunakan VM untuk memasang sistem pengoperasian yang sesuai.

Terdapat beberapa perisian VM yang boleh digunakan, diantaranya adalah: Virtual PC, VirtualBox dan VMware.

Kemudahan VM ini tidak terbatas kepada menggunakan sistem pengoperasian Windows sahaja, ianya boleh digunakan untuk memasang perisian di platform yang tidak serasi.

Sebagai contoh dengan memasang VM didalam komputer Apple seperti Parallels, komputer Apple boleh dipasang dengan Sistem Pengoperasian Windows. Tetapi setakat ini tidak ada VM yang boleh menyokong OS Mac untuk dipasang di PC. Jika ada pun hanya emulator seperti PearPC. Pearpc.sourceforge.net

Anda juga boleh mendapatkan VM dari VirtualBox yang dibangunkan dengan konsep OpenSource www.virtualbox.com

0 comments: