RSS merupakan satu kemudahan langganan maklumat dari sesebuah laman web secara langsung. Untuk melanggan sesebuah laman anda perlu ada dua perkara, pertama laman web yang memberikan kemudahan langganan RSS dan kedua pembaca RSS.
Untuk perisian pembacaan RSS anda boleh menggunakan kemudahan pembacaan secara online yang dinamakan Google Reader. Ianya boleh diperolehi dari reader.google.com.
Kini ada teknik kedua untuk anda membaca RSS yang dilanggan terus melalui email. Dengan teknik ini anda tidak lagi perlu untuk membuka RSS reader lagi. Setiap langganan RSS anda akan muncul sebagai email.
Kemudahan ini boleh diperolehi di www.rssfwd.com. Apa yang anda perlukan adalah mengikuti 3 langkah mudah.
Pertama - masukkan alamat laman web yang mempunyai RSS yang hendak dilanggan secara keseluruhan atau secara sebahgian.
Kedua - masukkan alamat email langganan tersebut hendak dihantar.
Ketiga - dan yang terakhir, lihat susunan email yang akan diterima dan seterusnya tekan langgan.
Untuk langganan pertama anda perlu sahkan langganan anda terlebih dahulu.
Setelah anda selesai mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan, maklumat langganan RSS anda akan muncul didalam email setiap kali maklumat laman web dikemaskinikan.
Monday, January 07, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment