
Selamat Tahun Baru 2008 untuk semua pendengar Segmen InfoICT di KLFM. Seperti setiap kali tahun baru sebelum ini, perkara yang semestinya akan berubah adalah kalendar.
Kebanyakaan dari kita mungkin sudah lama tidak membawa kalendar secara fizikal kerana telah menggunakan kalender secara elektronik. Namun begitu ada kalanya kita perlukan kalendar yang dicetak untuk tujuan rujukan.
Selain daripada memperolehi kalendar bercetak percuma daripada pembekal atau pelanggan, kita juga boleh memperolehi kalendar secara percuma secara online melalui laman web
http://www.calendarsthatwork.com
Didalam laman web ini terdapat 22 jenis kalendar yang boleh dipilih dan dimuat-turunkan secara percuma untuk dicetak. Bukan itu sahaja, kalendar yang diberikan boleh juga diedit, ditambah terlebih dahulu sebelum dicetak.
0 comments:
Post a Comment