Rakaman infoICT

Friday, January 11, 2008

Mengakses RSS melalui telefon bimbit

Kemudahan RSS telah membolehkan pengguna melanggan maklumat sesebuah laman web melalui dengan cara mudah Kita telah beberapa kali membincangkan mengenai bagaimana hendak melanggan RSS menggunakan komputer, kali ini perbincangan kita adalah bagaimana hendak mengakses RSS melalui telefon bimbit pula. Terdapat dua cara bagaimana RSS boleh dilanggan melalui telefon bimbit. Pertama melalui browser dan yang kedua melalui perisian. Pertama - melalui browser. Untuk mengakses RSS melalui browser anda perlu melanggan kemudahan langganan menggunakan RSS reader dari Google. Setelah itu untuk mengakses dari telefon bimbit anda hanya perlu memasukkan alamat berikut di telefon bimbit anda reader.google.com. Semua langganan RSS anda akan dipaparkan didalam telefon bimbit anda. Kedua - melalui perisian. Langkah yang pertama anda perlu memuat-turunkan perisian kedalam telefon bimbit anda, untuk pengguna Blackberry dan Windows Mobile anda boleh memuat-turunkan perisian di getviigo.com. Muat-turunkan perisian yang diberikan. Jika anda ingin menambahkan langganan anda boleh lakukan secara terus melalui telefon bimbit anda didalam perisian Viigo ini

0 comments: