Tuesday, January 08, 2008
Mengemaskini laman blog melalui email
Laman Blog merupakan satu cara untuk seseorang berkongsikan maklumat dengan cara lebih mudah. Ini kerana prasarana laman blog membolehkan seseorang menumpukan fokus kepada mengemaskinikan kandungan tanpa perlu mengetahui bagaimana hendak menguruskan sesebuah laman web.
Namun begitu kadangkala laman blog tidak dikemaskinikan kerana empunya tidak mempunyai kesempatan untuk berada dihadapan komputer yang mempunyai sambungan Internet.
Kini terdapat cara mudah untuk mengemaskinikan laman blog dimana sahaja anda berada melalui email. Dengan cara begini empunya laman blog tidak lagi perlu mengikuti langkah-langkah yang diperlukan untuk mengemaskinikan laman blog anda.
Jika anda menggunakan kemudahan laman blog daripada blogspot, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut supaya laman blog anda boleh dikemaskini melalui email.
1. Login kedalam laman blog anda.
2. Klik diatas Settings untuk laman blog yang hendak dikemaskinikan melalui email.
3. Klik diatas Email
4. Cari Mail-to-Blogger Address.
5. Anda akan lihat alamat email blog anda dimana terdapat ruang kosong didalamnya.
6. Masukkan kod rahsia anda didalam ruang kosong yang terdapat didalam alamat email. Contoh: blogsaya.xxxx@blogger.com.
7. Tukarkan xxxx kepada kod rahsia anda. Jika kod rahsia anda adalah 1234 maka alamat email blog anda tukarkan kepada blogsaya.1234@blogger.com.
Langkah yang seterusnya adalah untuk anda Save settings dan pergi ke perisian email anda.
Selepas ini, untuk mengemaskinikan laman blog anda, anda hanya perlu menghantarkan email ke blogsaya.1234@blogger.com. Tajuk email yang dihantar akan menjadi tajuk blog anda.
Oleh kerana alamat email anda dan kod yang diberikan boleh mengemaskinikan laman blog anda jadi jangan kongsikan alamat email dan kod tadi dengan orang lain.
Dengan teknik ini anda telah boleh mengemaskinikan laman web anda melalui PDA, telefon bimbit atau Blackberry dengan cara mudah. Jika peralatan anda boleh menghantar email, anda boleh mengemaskinikan laman Blog.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment