Rakaman infoICT

Tuesday, January 22, 2008

Teknologi Virtualisation

Teknologi Virtualisation merupakan kemudahan yang membolehkan pelbagai Sistem Pengoperasian dipasang didalam satu komputer.

Sebelum ini sebuah komputer hanya boleh menampung sebuah OS (sistem pengoperasian) didalam satu-satu masa. Ini menyukarkan pengguna yang perlu menggunakan OS terkini dan dalam masa yang sama perlu juga menggunakan perisian yang hanya disokong oleh OS yang lama.

Kemudahan Virtualisation ini boleh diperolehi didalam OS Windows Vista dengan memasang perisian yang dinamakan Virtual PC. (Gunakan Google untuk mencari laman webnya, taip Virtual PC didalam enjin pencari).

Setelah Virtual PC dipasang, langkah seterusnya adalah untuk memasangkan OS yang dikehendaki. OS yang baru akan wujud didalam window yang berlainan.

Semua kemudahan seperti networking, percetakan dan sebagainya boleh diakses oleh OS yang baru ini.

1 comments:

iwan PixelArt said...

Kepada semua sahabat2 KLFM, gambar persandingan DJ Ezan boleh didapati di http://www.mypixelarts.com
Enjoy the pics.