Memang tidak dinafikan lagi, dunia semakin kecil, kebanyakaan syarikat kini terpaksa bersaing di arena antarabangsa. Ini menyebabkan perjalanan udara bagi ahli perniagaan telah meningkat dengan mendadak.
Kebanyakaan ahli perniagaan kini merupakan ahli perniagaan yang dikatogerikan sebagai Pahlawan Jalanan atau Road Warior. Mereka ini adalah tergolong didalam katogeri yang melakukan penyediaan persembahan secara persendirian.
Masa perjalanan yang lama ini biasanya akan digunakan untuk melakukan proses pemurniaan keatas persembahan yang sedia ada.
Apakah kemudahan ICT yang penting didalam memilih syarikat penerbangan?
1. Sambungan Internet
Banyak yang dapat dilakukan jika terdapat kemudahan internet didalam penerbangan. Selain daripada menerima dan menghantar email, Internet boleh digunakan untuk mengetahui dengan lebih menyeluruh tempat yang akan kita tujui. Selalunya seseorang itu tidak mempunyai masa untuk mengetahui tempat yang akan mereka tujui dari segi jarak, lokasi dan masa yang perlu diambil untuk sampai dari Airport ke hotel.
Dengan adanya internet mereka akan lebih selesa setelah mengetahui laluan, kos dan adat resam setempat. Samaada perlu membayar tips ataupun tidak.
Namun berita terkini mendapati tidak banyak Syarikat yang telah dan masih memberikan kemudahan Internet didalam penerbangan. Selain tidak mendapat sambutan, mungkin kerana kurangnya promosi, caj yang dikenakan juga tidak dapat menampung kos operasi didalam penyediaan sambungan Internet yang diberikan.
Suatu masa dahulu Syarikat Penerbangan Lufthansa dengan kerjasama Boieng ada menyediakan kemudahan sambungan Internat. Sambungan Internet boleh diakses menggunakan kemudahan Wi-Fi dengan kadar €13 untuk satu penerbangan.
2. Punca tenaga - power point
Boeing 777 ada menyediakan soket elektrik didalam versi 120v dan 240v. Ini membolehkan penumpang menggunakan soket ini untuk mengcaj laptop, tel bimbit dan juga kamera digital. Kadangkala pengunaan laptop didalam penerbangan tidak begitu efisiyen kerana didalam penerbangan yang lama, tenaga bateri didalam laptop akan kehabisan dahulu sebelum sampai suku dar jarak perjalanan.
Dengan adanya kemudahan pengcajan didalam kapalterbang, tumpuan boleh diberikan didalam memurnikan persembahan bukan kepada berapa lama lagi bateri boleh digunakan.
3. Kemudahan port USB dan LAN
Sesetengah Kapalterbang tidak memberikan kemudahan soket elektrik tetapi ada memberikan kemudahan soket USB. Sebenarnya pemberian kemudahan soket USB ini adalah lebih baik daripada soket elektrik. Ini adalah kerana kebanyakaan peralatan seperti tel bimbit, pda dan juga pemain MP3 boleh dicaj menggunakan soket USB.
Kalaupun kabel USB mungkin tidak dibekalkan bersama telefon bimbit semasa dibeli. Kabel pengcajan melalui USB ini boleh dibeli secara berasingan.
4. Perisian produktiviti Open Office
Sesetengah Kapalterbang bukan sahaja memberikan kemudahan mengcaj komputer, tetapi memberikan kemudahan komputer sekali, siap dengan keyboardnya sekali. Ini bermakna penumpang tidak perlu mengeluarkan komputer untuk menghabiskan atau menyemak tugasan. Penumpang hanya perlu membawa thumb drive yang boleh dicucukan di kerusi dihadapan penumpang.
Kandungan yang terdapat didalam thumb drive boleh diakses dan dipaparkan didalam skrin yang biasanya digunakan untuk menonton tayangan filem.
Untuk menaip pula, sebuah keyboard kecil ada disediakan dibawah skrin LCD dikerusi hadapan penumpang.
.Semua kemudahan yang dibincangkan bukan lah merupakan fiksyen, malah ianya telah boleh didapati dikebanyakaan penerbangan jarak jauh.
Apa yang penting adalah untuk kita mengetahui kemudahan ini memang telah wujud dan kita bolehlah memastikan syarikat penerbangan yang akan kita gunakan ada menyediakaan kemudahan yang telah kita bincangkan.
0 comments:
Post a Comment