Rakaman infoICT

Friday, February 22, 2008

Kemudahan merekodkan pengunaan komputer secara automatik www.rescuetime.com

Menggunakan komputer ini mungkin melalaikan, sehingga kini kita
mungkin tidak menyimpan rekod pengunaan komputer seperti perisian apa
yang sentiasa kita gunakan, laman web mana yang sentiasa kita layari.

Kini terdapat laman web yang boleh membantu merekodkan semua pengunaan
komputer dan menyimpan maklumat untuk rujukan di Internet. Alamat
laman web yang memberikan kemudahan ini adalah www.rescuetime.com.

Laman web ini bukan sahaja dapat memberikan kemudahan untuk
merekodkan aktiviti yang dilakukan didalam sesebuah komputer, ianya
juga dapat membantu seseorang mengurangkan ketagihan pengunaan sesuatu
perisian atau laman web.

Pengguna dapat menetetapkan masa yang ingin dicapai dan mereka akan
diberitahu apabila masa yang ditetapkan akan hampiri atau sudah
dilepasi.

0 comments: