Rakaman infoICT

Friday, February 29, 2008

Pembayaran di Internet melalui kemudahan PayPal

Paypal merupakan satu kemudahan pembayaran di Internet dengan cara yang selamat. Ramai dari pengguna merasa ragu-ragu apabila hendak membuat pembayaran di Internet. Telah banyak kes-kes dimana no kad kredit yang diberikan telah disalahgunakan oleh pihak yang menerima pembayaran tersebut.

Kini telah terdapat kemudahan untuk membuat pembayaran di Internet tanpa pengguna perlu memberitahu no kad dan nombor CVV mereka kepada pihak penjual.

Kemudahan tersebut dinamakan PayPal. Pengguna yang hendak membuat pembayaran hanya perlu mendaftarkan diri mereka untuk mendapatkan akaun pembayaran, kemudian mereka perlu memasukkan no kad kredit serta maklumat pembayaran di PayPal.

Apabila maklumat kad kredit telah disahkan, pengguna boleh membuat pembayaran kepada sesiapa yang mempunyai akaun PayPal. Pembayaran yang dibuat akan ditolak dari baki kad kredit pengguna.

Pembayaran cara ini adalah lebih baik kerana no kad kredit tidak diberikan kepada pihak penerima. Dalam masa yang sama juga jika berlaku penipuan, pihak PayPal akan membayar balik kerugian yang dialami.

Untuk mendapatkan akaun pembayaran PayPal pengguna boleh mengunjungi alamat laman web berikut: www.PayPal.com

Picture 3.png

0 comments: