Nadadering merupakan satu cara mengenali panggilan yang diterima di telefon bimbit. Jika dahulu nadadering dihasilkan oleh penghasil nadadering professional, kini nadadering telah boleh dihasilkan secara online melalui laman web audiko.net.
Didalam laman web audiko.net terdapat langkah yang perlu dituruti untuk menghasilkan nadadering.
1. Uploadkan fail MP3 (jika fail telah berada di Internet, hanya letakan alamat fail tersebut).
2. Pilih bahagian lagu yang hendak dijadikan nadadering. Tekan dan letakan kotak nadadering dibahagian yang sesuai. Nadadering biasanya mengambil masa diantara 10 ke 20 saat sahaja.
3. Setelah selesai membuat pilihan, klik diatas butang creat it untuk manghasilkan nadadering. Alamat nadadering yang dihasilkan akan dipaparkan bersama-sama dengan nadadering yang dihasilkan. Taipkan alamat yang diberikan didalam telefon bimbit diruang web atau services. Nadadering yang dihasilkan akan dimuat-turunkan kedalam telefon bimbit melalui GPRS atau EDGE. (Pastikan anda ada kemudahan data didalam telefon bimbit)
Jika anda tidak hendak menghasilkan nadadering sendiri, terdapat banyak nadadering-nadadering yang boleh dipilih untuk dimuat-turunkan di laman web yang sama.
Alamat laman webnya sekali lagi. www.audiko.net
Tuesday, February 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment