Rakaman infoICT

Friday, February 15, 2008

World Mobile Congress hari ke 4

Hari ini merupakan hari terakhir Persidangan Teknologi Telefon Bimbit sedunia. Persidangan ini juga disertai dengan pameran yang disertai oleh 1,200 syarikat..

Setakat hari ini seramai 60,000 pengunjung telah menghadiri pameran yang diadakan.

Persidangan kali ini banyak membincangkan trend dan halatuju pelbagai sektor yang berkecimpung didalam industri ini. Dari syarikat telekomunikasi, syarikat penghasil telefon bimbit, syarikat penyedia kandungan dan juga syarikat yang menghasilkan prasarana yang digunakan dalam proses perhubungan telefon bimbit itu sendiri.

Disinilah para penjual bertemu dengan para pembeli. Untuk syarikat telekomunikasi disinilah mereka memilih untuk membeli peralatan dan perisian baru.

Banyak perisian dan peralatan hanya untuk syarikat telekomunikasi, namun pada masa yang sama terdapat juga banyak barangan dan perkhidmatan yang diniagakan adalah untuk penjual kandungan seperti ringtone, video, perisian permainan dan juga perisian produktiviti untuk telefon pintar.

Terdapat beberapa teknologi baru yang juga pertamakali diperkenalkan diantaranya adalah:

1. Readius - mobile ebook
Kita biasa mendengar berkenaan dengan eBook samaada dari jenis perisian didalam komputer dan tel bimbit dan juga dari jenis perkakasan. Masaalah yang timbul oleh kebanyakaan eBook adalah bateri akan habis sebelum buku habis dibaca.

Masaalah yang kedua adalah skrinnya agak kecil dibandingkan dengan buku biasa. Kini terdapat eBook yang mempunyai skrin yang sebesar novel tetapi boleh dimasukkan kedalam poket. EBook ini unik kerana ianya boleh dilipat.

Selain daripada itu baterinya boleh tahan lebih lama, hingga sebulan. Ini adalah kerana ia boleh beroperasi tanpa bateri, apabila skrin dipaparkan tenaga boleh dipadamkan dan apa yang dipaparkan tidak hilang.

2. PiCop - projektor didalam telefon bimbit
Kita pernah melihat telefon bimbit yang mempunyai lampu suluh, telefon bimbit yang ada kamera, pemain MP3 dan sebagainya. Kini telah wujud telefon bimbit yang ada projektor didalamnya.

Ianya berfungsi seperti lampu suluh tetapi apabila disuluh ke dinding ianya akan memapaparkan apa yang dipaparkan skrin telefon bimbit tersebut.

Jika skrin telefon bimbit memapaparkan video maka kita boleh video tersebut dipaparkan di dinding yang disuluh.

Teknologi yang sama juga akan menghasilkan projektor yang boleh dimasukkan kedalam poket dan boleh disambung ke komputer.

3. Voice On The Go - menghantar SMS melalui suara. Kini SMS tidak lagi perlu ditaip, pengguna hanya perlu menyebut perkataan yang dikehendaki, dan perkataan tersebut akan ditaip secara automatik. Teknologi ini juga berupaya membacakan SMS yang dihantar dan diterima secara automatik.

Banyak lagi teknologi terkini yang diperkenalkan. Infoict akan membicarakannya secara beransur-ansur didalam segmen akan datang.

0 comments: