Rakaman infoICT

Thursday, May 29, 2008

Memggunakan kemudahan SMS ALERT

SMS sememangnya merupakan teknologi yang membolehkan perhubungan dilakukan dengan lebih mudah. Namun adakalanya proses untuk mendapatkan nombor-nombor telefon mereka yang ingin kita hubungi tidaklah begitu mudah.

Nombor-nombor tersebut perlulah dimasukkan kedalam telefon bimbit empunya satu persatu. Bukankah elok jika satu proses pendaftaran seperti pendaftaran sahabat klfm boleh dilakukan tetapi untuk kegunaan persendirian sahaja.

Sebagai contoh mereka yang telah menubuhkan kelab atau pasukan boleh melanggan maklumat daripada pengerusi dan penghantaran dibiayai oleh kelab.

Untuk mewujudkan kemudahan DAPAT ALERT ini pengguna hanya perlu menaip;

ALERT REG <kod alert> hantar ke DAPAT

Untuk menyertai Kod Alert, taip:

ALERT <kod alert> ON hantar ke DAPAT

Untuk membuat alert (untuk pengasas sahaja), taip:

ALERT <kod alert> <mesej hebahan > hantar ke DAPAT

Untuk menghentikan langganan SMS Alert, taip:

ALERT <kod sms alert> OFF hantar ke DAPAT

Pertanyaan SMS ke azli, taip:

AZLI <pertanyaan> hantar ke DAPAT

* setiap kod yang diwujudkan akan dicaj RM1. Setiap kod akan menerima 100 kredit hebahan bernilai RM10

0 comments: