Rakaman infoICT

Thursday, May 29, 2008

Mengemaskinikan laman Blog melalui WAP

Blog merupakan medium yang perlu sentiasa dikemaskinikan tidak kira dimana sahaja kita berada. Kebanyakaan telefon bimbit kini memang mempunyai WAP dan juga GPRS, namun kombinasi kemudahan ini masih tidak dimanfaatkan oleh kebanyakaan Blogger.

Berikut adalah langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk mengemaskinikan laman blog melalui WAP.

1. Login ke laman blog anda.
2. Klik diatas settings.
3. Klik diatas email.
4. Cari - mail-to-blogger address
5. Masukan kod rahsia didalam alamat email yang diberikan. Contoh: blogsaya.xxxx@blogger.com
6. Gantikan xxxx dengan kod rahsia anda seperti. Contoh - 1234. Selepas ini untuk mengemaskinikan laman blog anda hantarkan email kealamat email: blogsaya.1234@blogger.com

Untuk mengemaskinikan laman blog anda melalui wap ikuti arahan berikut:

1. Pergi ke laman WAP dapat.mobi melalui telefon bimbit anda.
2. Pilih capaian email
3. Didalam ruang To: taipkan alamat email rahsia blog anda. Cth: blogsaya.1234@blogger.com
4. Didalam ruang From: taipkan alamat email anda.
5. Taipkan Tajuk posting blog anda didalam ruang Subject:
6. Taipkan pengisian blog anda didalam ruang Message.

Setelah selesai tekan butang send. Laman blog anda akan dikemaskinikan sebaik sahaja email dihantar. Selamat mencuba.

1 comments:

DIARIKU said...

Salam...
Tuan... ada beberapa artikel tuan saya letakkan diblog saya (mohon izin). Kerana bahsa yg anda gunakan amat mudah difahami untuk kegunaan pelajar-pelajar.. TK