Cetakan adalah proses pemindahan dakwat keatas kertas. Untuk mencetak sehelai dua bahan, mesin pencetak inkjet atau laser boleh kita gunakan. Tetapi untuk mencetak 100 - 200,000 helaian, mesin pencetak inkjet atau laser yang biasa kita gunakan adalah tidak efisyen.
Proses pencetakan boleh dibahagi kepada dua. Bahagian pertama adalah proses penyediaan bahan untuk dicetak dan bahagian kedua adalah bahagian percetakan itu sendiri.
Bahagian proses penyediaan bahan ini dipanggil Pre-Press. Bahagian Pre-Press ini boleh dilakukan menggunakan komputer yang sedia ada tetapi pengguna perlulah faham konsep keseluruhan proses percetakan.
Setelah memahami konsep keseluruhan proses pencetakan pengguna boleh memilih proses mana yang hendak dilakukan sendiri dan proses mana perlu dilakukan diluar.
Proses pencetakan sesuatu bahan bermula dengan proses memasukkan bahan kedalam komputer. Bahan yang dimasukkan boleh dibahagi kepada empat bahagian.
1. Teks
2. Imej
3. Lakaran
4. Layout
Oleh kerana terdapat empat bahagian penyediaan bahan untuk dicetak, maka terdapat empat perisian yang perlu digunakan didalam proses penyediaan ini.
Untuk teks perisian Word Processor seperti Word boleh digunakan. Untuk Imej pula perisian yang popular adalah Adobe Photoshop, untuk lakaran perisian yang popular juga dari Adobe dinamakan Adobe Illustrator.
Ketiga-tiga bahan ini memerlukan perisian pengabung yang dinamakan Layout. Perisian layout yang popular adalah dari Adobe juga yang dinamakan Adobe PageMaker.
Perisian Adobe Photoshop memerlukan perkakasan yang dinamakan scanner atau pengimbas. Proses pengimbasan ini boleh dilakukan sendiri jika terdapat perlatan scanner yang sesuai.
Setelah bahan teks, gambar dan lakaran disiapkan. Kesemuanya perlu dimasukkan kedalam perisian Layout seperti PageMaker.
Sebelum proses pencetakan boleh dimulakan, PageMaker perlu menukarkan apa yang dilihat diatas skrin kepada Filem. Proses penghasilan filem ini boleh dilakukan disyarikat penghasilan filem. Setelah filem dihasilkan, ianya boleh dibawa ke syarikat pencetak untuk dicetak.

0 comments:
Post a Comment