Pameran CommunicAsia 2008 kali ini tidak banyak menyaksikan penghasilan teknologi-teknologi terkini seperti tahun-tahun yang lepas. Ini disebabkan tidak ada peningkatan teknologi prasarana seperti GPRS, EDGE dan 3G. Kebanyakaan penghasilan teknologi memerlukan pengwujudan teknologi prasarana sebelum teknologi-teknologi lain dapat dihasilkan.
Namun begitu terdapat beberapa teknologi yang telah dapat menarik perhatian saya dan pertama kali dipamerkan di Pameran Teknologi. Diantara teknologi yang telah menarik perhatian saya adalah:
1. CCTV 360 degree
CCTV 360 merupakan CCTV yang dapat merakamkan aktiviti didalam 360 darjah. Hanya satu kamera sahaja diperlukan.
2. Peralatan tambahan untuk kemudahan NFC (Near Field Communication) ditelefon bimbit
Pegunaan kemudahan NFC memerlukan telefon bimbit yang mempunyai kemudahan NFC. Kini telah terdapat aksesori yang boleh ditambah kepada sesebuah telefon bimbit untuk membolehkan sesebuah telefon bimbit menggunakan kemudahan NFC. Ianya didatangkan didalam bentuk SIM dan antenna.
3. RFID (Radio Field Identification) didalam bentuk pelekat
RFID didalam bentuk stiker membolehkan kemudahan RFID ditambahkan kepada apa-apa sahaja peralatan. Ianya boleh digunakan untuk kemudahan kad loyalti, membuka pintu dan sebagainya.
4. Pembaca kad kredit ditelefon bimbit
Ramai daripada pengguna menggunakan kemudahan kad kredit semasa pembelian, dan kini terdapat pula banyak kad debit yang telah dikeluarkan. Namun kebanyakan penjual kecilan seperti pasar malam dan juga pemberi kemudahan tidak boleh menerima pembayaran melalui kad kredit atau debit. Kini terdapat kemudahan peralatan yang membolehkan pembaca kad kredit disambungkan kepada telefon bimbit melalui kemudahan Bluetooth.
1 comments:
Terima Kasih pada penulis azli paat.banyak info yang dapat dikongsikan disini.saya selalu mengikuti blog info ict ini.
Post a Comment