Rakaman infoICT

Tuesday, December 30, 2008

Saat lompat 2008

Kita biasa mendengar mengenai konsep tahun lompat dimana pada setiap empat tahun, bulan Febuary telah ditambahkan sehari, dari 28 kepada 29. Ini menjadikan tahun yang boleh dibahagikan dengan empat seperti tahun ini 2008, berjumlah 366 hari.

Tahun 2008 kita bukan sahaja mendapat lebih sehari, namun kita juga akan mendapat lebih sesaat pada penghujung malam tahun baru.

Tahun lompat adalah disebabkan oleh bumi mengambil masa 365 hari dan 6 jam untuk mengelilingi matahari, jadi pada setiap empat tahun, 24 jam akan ditambah kepada kalander yang menjadikannya tahun tersebut lebih sehari.

Bagaimana pula dengan konsep saat lompat? Sehari adalah ukuran dimana bumi berpusing diatas paksinya sendiri. Pusingan bumi diatas paksinya telah menjadi perlahan pada setiap tahun, ianya disebabkan oleh pelbagai faktor, diantaranya adalah disebabkan oleh pemanasan global dimana, ais di kutub utara dan selatan telah cair.

Jika tahun lompat ditambah kepada kalendar pada setiap empat tahun, saat lompat ini ditambah mengikut pemerhatian yang dijalankan. Saat lompat ini telah bermula pada tahun 1972. Setakat ini ianya telah ditambah sebanyak 24 kali, iaitu pada bulan Jun atau December pada tahun-tahun yang ditentukan oleh UTC (Coordinated Universal Time). Kali terakhir saat lompat ditambah adalah pada bulan Dec 2005. (Ianya juga telah dibincangkan didalam segmen infoict KLFM)

Siapa yang mengukur masa? Masa diukur oleh dua badan antarabangsa. Badan tersebut dinamakan UT1 (Universal Time) dan UTC (Coordinated Universal Time). UT1 mengukur masa mengikut pusingan bumi mengelilingi matahari, UTC pula mengukur masa mengikut jam atom.

Pengukuran melalui UTC adalah lebih tepat berbanding dengan UT1. Kebanyakaan peralatan elektronik seperti GPS, Komputer, TV Satelite dan sebagainya menggunakan waktu berdasarkan UTC.

Untuk peralatan elektronik yang menerima isyarat waktu menggunakan kaedah jam atom UTC, anda tidak perlu bimbang kerana, ianya akan ditambah secara automatik. Jika biasanya wakut diperalatn tersebut menunjukkan jam 23:59:59 sebelum bertukar kepada 00:00:00. Pada malam tahun baru nanti, jam-jam ini akan mempamerkan waktu 23:59:60 pula.

Fenomena ini boleh diperhatikan diperalatan GPS, Komputer, dan apa-apa sahaja yang menerima isyarat daripada jam atom UTC.

Namun pada hakikatnya masa walaupun ditambahkan seharipun tidak akan pernah cukup, inikan pula sesaat. Masa yang berharga adalah masa yang dimanfaatkan. Masa yang bernilai adalah masa yang digunakan dengan sebaiknya kearah kebaikan manusia sejagat.

0 comments: