Anda hanya perlu mendaftar dan memilih alamat yang dikehendaki. Anda seterusnya boleh meletakkan teks atau gambar dimana-mana diatas mukasurat yang telah diwujudkan. Saya juga telah menghasilkan laman web saya sendiri menggunakan kemudahan Roxer. Alamat laman web saya adalah http://azlipaat.roxer.com
Friday, January 25, 2008
Mewujudkan laman web dalam masa 1 minit
Thursday, January 24, 2008
Kemudahan VM (Virtual Machine)
Dengan kemudahan ini pengguna yang perlu menggunakan perisian yang tidak serasi dengan sistem pengoperasian yang sedang mereka gunakan sekarang boleh menggunakan VM untuk memasang sistem pengoperasian yang sesuai.
Terdapat beberapa perisian VM yang boleh digunakan, diantaranya adalah: Virtual PC, VirtualBox dan VMware.
Kemudahan VM ini tidak terbatas kepada menggunakan sistem pengoperasian Windows sahaja, ianya boleh digunakan untuk memasang perisian di platform yang tidak serasi.
Sebagai contoh dengan memasang VM didalam komputer Apple seperti Parallels, komputer Apple boleh dipasang dengan Sistem Pengoperasian Windows. Tetapi setakat ini tidak ada VM yang boleh menyokong OS Mac untuk dipasang di PC. Jika ada pun hanya emulator seperti PearPC. Pearpc.sourceforge.net
Anda juga boleh mendapatkan VM dari VirtualBox yang dibangunkan dengan konsep OpenSource www.virtualbox.com
Tuesday, January 22, 2008
Teknologi Virtualisation
Sebelum ini sebuah komputer hanya boleh menampung sebuah OS (sistem pengoperasian) didalam satu-satu masa. Ini menyukarkan pengguna yang perlu menggunakan OS terkini dan dalam masa yang sama perlu juga menggunakan perisian yang hanya disokong oleh OS yang lama.
Kemudahan Virtualisation ini boleh diperolehi didalam OS Windows Vista dengan memasang perisian yang dinamakan Virtual PC. (Gunakan Google untuk mencari laman webnya, taip Virtual PC didalam enjin pencari).
Setelah Virtual PC dipasang, langkah seterusnya adalah untuk memasangkan OS yang dikehendaki. OS yang baru akan wujud didalam window yang berlainan.
Semua kemudahan seperti networking, percetakan dan sebagainya boleh diakses oleh OS yang baru ini.
Wednesday, January 16, 2008
Mengajar kanak-kanak mengenali huruf melalui www.kindersay.com
Kini terdapat laman web yang boleh membantu kita untuk mengajar kanak-kanak mengenali huruf melalui laman web.
Laman web tersebut adalah www.kindersay.com. Menggunakan kemudahan kindersay adalah mudah, pilih sahaja apa yang ingin kita ajarkan kepada kanak-kanak dan ianya akan mengajarkan topik yang kita pilih secara automatik.
Terdapat juga topik pengajaran sebutan melalui video dan audio yang akan menyebutkan setiap huruf secara automatik.
Tuesday, January 15, 2008
Mendapatkan Nadadering percuma di www.mjelly.com
Kebanyakaan nadadering boleh dibeli dengan menghantar SMS kepada syarikat penyedia kemudahan yang diiklankan melalui akhbar atau Majalah.
Nadadering kini juga telah berubah mengikut teknologi. Jika nadadering dahulu bermula dengan monotone kemudian beralih kepada polyphonic, kini nadadering telah boleh memainkan lagu dan vocal secara keseluruhan. Nadadering ini dinamakan Truetone.
Nadadering truetone kini tidak lagi hanya memainkan lagu dari sesebuah album, ia biasanya diadun semula supaya ianya menjadi lebih menarik dan bersesuaian dengan masa pendengaran iaitu hanya 5 ke 6 saat.
Kini terdapat banyak laman web dari jenis truetone ini yang boleh diperolehi secara percuma. Diantara laman web yang boleh anda kunjungi untuk memuat-turunkan truetone secara percuma adalah www.mjelly.com.
Dilaman web ini anda boleh memilih truetone didalam format MP3 yang telah diadun semula untuk menjadikannya lebih menarik. Anda juga boleh menekan butang play untuk mendengar nadadering tersebut sebelum ianya dimuat-turunkan kedalam telefon bimbit anda.
Jika anda tidak berada dihadapan komputer anda boleh juga mengakses laman web ini melalui telefon bimbit anda alamat yang perlu anda gunakan adalah m.mjelley.com. Di sini anda boleh memuat-turunkan nadadering ini secara terus kedalam telefon bimbit anda.
Sebelum itu pastikan yang telefon bimbit anda boleh memainkan semula fail didalam format MP3 dan mempunyai sambungan Internet seperti GPRS, edge atau 3G.
Monday, January 14, 2008
Membaca langganan RSS melalui telefon bimbit www.plusmo.com
Plusmo merupakan perisian RSS yang bukan sahaja boleh memapaparkan maklumat RSS didalam bentuk teks tetapi juga didalam bentuk imej.
Untuk memuat-turunkan perisian ini terus ke telefon bimbit, anda boleh melayari laman web berikut melalui telefon bimbit anda: plusmo.com.
Perbezaan perisian RSS ini berbanding dengan perisian RSS yang lain adalah, Plusmo boleh memapaparkan imej yang terdapat didalam laman web yang dilanggan didalam bentuk persembahan slaid.
Ini memudahkan seseorang untuk memilih artikel yang hendak dibaca melalui gambar.
Friday, January 11, 2008
Mengakses RSS melalui telefon bimbit
Wednesday, January 09, 2008
Melayari laman web secara 3Dimensi menggunakan www.spacetime.com
Kini terdapat kemudahan browser yang boleh melayari laman web didalam bentuk 3Dimensi.
3Dimensi bermaksud susunan windows yang mengandungi laman web boleh dilihat daripada sisi.
Kemudahan ini memudahkan pengguna untuk membuat pilihan dan susunan laman web-laman web yang sedang dilayari.
Untuk mendapatkan kemudahan ini anda perlu melayari www.spacetime.com
Tuesday, January 08, 2008
Mengemaskini laman blog melalui email
Monday, January 07, 2008
Melanggan maklumat RSS melalui email
Untuk perisian pembacaan RSS anda boleh menggunakan kemudahan pembacaan secara online yang dinamakan Google Reader. Ianya boleh diperolehi dari reader.google.com.
Kini ada teknik kedua untuk anda membaca RSS yang dilanggan terus melalui email. Dengan teknik ini anda tidak lagi perlu untuk membuka RSS reader lagi. Setiap langganan RSS anda akan muncul sebagai email.
Kemudahan ini boleh diperolehi di www.rssfwd.com. Apa yang anda perlukan adalah mengikuti 3 langkah mudah.
Pertama - masukkan alamat laman web yang mempunyai RSS yang hendak dilanggan secara keseluruhan atau secara sebahgian.
Kedua - masukkan alamat email langganan tersebut hendak dihantar.
Ketiga - dan yang terakhir, lihat susunan email yang akan diterima dan seterusnya tekan langgan.
Untuk langganan pertama anda perlu sahkan langganan anda terlebih dahulu.
Setelah anda selesai mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan, maklumat langganan RSS anda akan muncul didalam email setiap kali maklumat laman web dikemaskinikan.
Friday, January 04, 2008
Pengunaan Instant Messenger (Mesej Segera) persendirian
Wednesday, January 02, 2008
Mencetak Kalendar melalui laman web www.calendarsthatwork.com
Selamat Tahun Baru 2008 untuk semua pendengar Segmen InfoICT di KLFM. Seperti setiap kali tahun baru sebelum ini, perkara yang semestinya akan berubah adalah kalendar.
Kebanyakaan dari kita mungkin sudah lama tidak membawa kalendar secara fizikal kerana telah menggunakan kalender secara elektronik. Namun begitu ada kalanya kita perlukan kalendar yang dicetak untuk tujuan rujukan.
Selain daripada memperolehi kalendar bercetak percuma daripada pembekal atau pelanggan, kita juga boleh memperolehi kalendar secara percuma secara online melalui laman web http://www.calendarsthatwork.com
Didalam laman web ini terdapat 22 jenis kalendar yang boleh dipilih dan dimuat-turunkan secara percuma untuk dicetak. Bukan itu sahaja, kalendar yang diberikan boleh juga diedit, ditambah terlebih dahulu sebelum dicetak.