Satu daripada topik pilihan semasa persidangan GSM sedunia di Barcelona adalah mengenai pemasaran melalui telefon bimbit.
Iklan merupakan satu sumber pendapatan untuk sesuatu media seperti suratkhabar, radio dan juga TV.
Pengiklan tidak mempunyai masaalah mengiklan di media perdana seperti radio, tv dan suratkhabar. Tetapi untuk mengiklan di telefon bimbit semua yang memainkan peranan masih tercari-cari formula yang sesuai yang bolah diterimapakai oleh semua.
Setakat ini formula yang sesuai masih belum ditemui. Formula yang sesuai perlu diperolehi segera kerana, jumlah telefon bimbit yang besar berbanding dengan media elektronik yang lain kini telah menjadi idaman para pengiklan.
Setakat ini sahaja telah terdapat 2.7 billion bilangan telefon bimbit yang telah didaftarkan di seluruh dunia. Berbanding dengan jumlah TV iaitu 1.5 billion, jumlah yang besar ini telah lama menjadi idaman pengiklan.
Pengiklanan melalui telefon bimbit ini amat efektif kerana berbanding dengan media yang lain, telefon bimbit sentiasa berada bersama-sama dengan pemilik.
Formula mengiklan melalui telefon bimbit ini belum lagi diperkemas kerana ada banyak faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum proses pengiklanan diterima pakai oleh pengguna dan pengiklan.
Diantara faktor-faktor yang perlu diambil kira didalam mewujudkan formula tersebut adalah, faktor berikut:
1. Faktor privasi
Telefon bimbit adalah milik peribadi, apabila iklan dipaparkan ianya boleh menimbulkan faktor privasi dan ganguan secara terus kepada pemilik. Bayangkan jika kita menerima iklan melalui SMS sekerap kita mendengar atao menonton iklan di TV. Di TV atau radio pengguna boleh menukar siaran tetapi di telefon bimbit menukar syarikat telekomunikasi tidak semudah itu.
2. Faktor kos
Kos juga memainkan peranan, ini adalah kerana, apabila sesuatu iklan dipaparkan ditelefon bimbit, pengiklan perlu membayar kos secara individu. Jika pengiklan perlu membayar 10 sen bagi satu telefon bimbit yang hendak dihantar, bayangkan jika mereka hendak mengiklankan kepada 10,000 penerima? Kos penghantaran sahaja telah mencecah RM1,000.
Kos untuk siaran iklan di radio adalah lebih murah dimana dengan bayaran RM100 pengiklan boleh mengiklan di Radio dan juruhebah boleh membacakan hebahan selama 30 saat berbanding dengan SMS yang hanya boleh menghantar sebanyak 160 huruf sahaja.
Jika mengiklan melalui MMS pula kosnya akan melonjak lebih tinggi. Sesetengah syarikat telekomunikasi pula mengenakan caj keatas penerima MMS jadi ini boleh menimbulkan implikasi negatif kepada penerima iklan.
Kini terdapat juga iklan melalui perisian yang dipasang didalam telefon bimbit, penghantaran iklan ini menggunakan data jadi untuk pengguna yang tidak mempunyai pelan unlimited, mereka juga akan dicaj setiap kali iklan dipaparkan di telefon bimbit mereka.
3. Faktor keseragaman spesifikasi
Telefon bimbit juga berbeza-beza dari segi spesifikasi tidak seperti komputer. Perbezaan dari segi sistem pengoperasian, perbezaan dari jenis perisian yang boleh dipasang, perbezaan diantara saiz skrin dan pelbagai lagi.
Ini bermakna pengiklan perlu menghasilkan iklan mereka bagi pelbagai telefon bimbit.
Namun begitu masalah ini adalah sementara, begitu juga semasa iklan di internet baru diwujudkan pada suatu masa dahulu, pengusaha laman web pada masa itu juga tidak pasti berapa kos yang patut dikenakan.
Samaada hendak dicaj setiap kali iklan dipaparkan, atau setiap kali iklan diklik. Jika dicaj mengikut paparan adakah paparan dicaj mengikut bulan atau dicaj mengikut hari seperti media cetak.
Esok saya akan bincangkan mengenai cadangan yang telah dikemukaan semasa persidangan berlangsung. Ini adalah satu daripada kelebihan pengusaha teknologi telefon bimbit, mereka mempunyai persatuan, iaitu GSMA. Dengan adanya persatuan yang dianggotai oleh semua syarikat telekominikasi, prasarana dan juga pebghasil kandungan, segala masaalah yang timbul boleh dibincangkan bersama.
Dan satu daripada aktiviti persatuan adalah mewujudkan persidangan dua kali setahun ini, satu di Barcelona dan satu lagi di Macau pada bulan Nov nanti.