Rakaman infoICT

Monday, March 31, 2008

Kemudahan penghantaran Newsletter melalui email


Picture 2.png

Email kini bukan sahaja telah digunakan untuk menggantikan proses surat menyurat, ianya kini juga telah digunakan untuk menghantar Newsletter. Campaign Monitor di http://www.campaignmonitor.com/ boleh digunakan untuk membantu seseorang menghantar Newsletter dengan lebih mudah dan cepat.

Dengan menggunakan Campaign Monitor pengguna hanya perlu meletakkan alamat laman web yang mengandungi Newsletter tersebut, tambahkan senarai penerima dan alamat email penghantar. Server Campaign Monitor akan secara automatik menghantarkan newsletter kita secara automatik.

Penerima juga mempunyai peluang untuk mengeluarkan nama mereka dari senarai jika mereka merasakan Newsletter yang diterima tidak relevan untuk mereka.

Thursday, March 27, 2008

Kemudahan berchatting didalam telefon bimbit - m.heysan.com

Kemudahan Chat merupakan satu kemudahan pilihan pengguna Internet selain daripada email dan juga melayari laman web. Kebanyakaan kemudahan Chatting atau Instant Messenger ini memerlukan pengguna berada di Internet dan menggunakan komputer. Jarang terdapat kemudahan yang membolehkan pengguna mengakses kemudahan Chat melalui telefon bimbit tanpa memuat-turunkan apa-apa perisian.

Kini telah ada kemudahan Chating yang membolehkan pengguna menggunakan perisian WAP didalam telefon bimbit untuk kemudahan chatting didalam telefon bimbit. Kemudahan ini boleh diakses di m.heysan.com. Dengan kemudahan ini pengguna boleh memilih untuk mengkses menggunakan MSN, AIM, ICQ, Yahoo Messenger atau GoogleTalk.

Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan ini bolehlah ke laman webnya di www.heysan.com

Picture 2.png

Wednesday, March 26, 2008

Perisian pemantauan SMS untuk telefon bimbit

SMS telah menjadi satu cara pilihan untuk pengguna berinteraksi diantara satu sama lain. Kadangkala kemudahan SMS ini disalahgunakan sehingga membawa padah kepada pengguna, terutama sekali anak-anak remaja.

Kini terdapat perisian yang boleh dipasang ditelefon bimbit untuk memantau SMS yang dihantar dan diterima oleh sesebuah telefon bimbit tersebut. Perisian ini dinamakan Stealth SMS. Ianya boleh diakses di stealthsms.trusters.com


200803260811.jpg

Friday, March 21, 2008

Menjelajahi cakerawala melalui Google Sky

Google Earth merupakan kemudahan penyimpanan imej mukabumi yang membolehkan ianya diakses melalui Internet. Dengan Google Earth pengguna boleh menjelajahi semua pelusuk mukabumi dengan hanya mengunjungi laman web earth.google.com.

Jika anda tidak mahu memuat-turunkan perisian Google Earth anda boleh mengakses dengan menggunakan laman web www.flashearth.com. Flash Earth menggunakan teknologi Flash yang membolehkan anda mengakses Google Earth secara Online.

Setelah Google Earth memapaparkan maklumat di mukabumi kini terdapat kemudahan terkini didalam Google Earth yang membolehkan pengguna mengakses Cakrewala pula.

Kemudahan ini dinamakan Google Sky. Dengan Google Sky pengguna boleh menjelajahi objek-objek diluar dari mukabumi. Alamat laman webnya adalah sky.google.com.

Google Sky membolehkan kita menatap ruang angkasa dan melihat bintang dan bulan tanpa perlu menunggu waktu malam. Apabila pengguna sampai di Google Sky mereka boleh melihat paparan angkasalepas, bulan dan bintang seperti yang mereka lihat melalui teleskop.

Mereka juga boleh menggunakan kemudahan Zoom, Pan dan Tilt, untuk mengamati cakerawala dengan lebih dekat lagi. Google Sky juga mempunyai kemudahan Mashup yang memberikan pengguna maklumat tambahan yang berkaitan dengan paparan cakrewala yang sedang mereka tatapi.


200803211033.jpg

Wednesday, March 19, 2008

Menyimpan maklumat secara elektronik www.evernote.com


200803190744.jpg

Sekeping gambar boleh menggantikan beribu-ribu perkataan. Namun setakat ini gambar yang disimpan adalah untuk dilihat sahaja. Kini terdapat perisian yang membolehkan pengguna membaca maklumat yang terdapat didalam sekeping gambar. Kemudahan ini telah dibangunkan oleh www.evernote.com.

Dengan kemudahan evernote ini pengguna boleh menyimpan gambar-gambar yang diambil melalui kamera digital atau telefon bimbit didalam komputer atau secara online. Apa yang uniknya disini adalah, perisian ini boleh membaca teks yang terdapat didalam gambar tersebut. Ini bermakna jika kita mengambil gambar barangan yang terdapat teks didalamnya, teks tersebut boleh digunakan sebagai objek carian.

Begitu juga dengan laman web. Pengguna boleh memilih kawasan didalam laman web yang hendak disimpan, dan kawasan tersbut akan disimpan sebagai imej dan boleh dicari menggunakan enjin pencari.


Tuesday, March 18, 2008

Wednesday, March 12, 2008

Kejadian Samun di Segambut

Pagi ini segmen Infoict di KLFM tidak membincangkan mengenai topik ICT, tetapi mengenai kejadian samun yang berlaku di Bukit Segambut semalam. Ini rakaman yang keluar di Buletin Utama TV3 malam tadi Kejadian ini turut disiarkan di The Star mukasurat N33 hari ini.

Tuesday, March 04, 2008

Mengukur kelajuan sambungan Internet

Kelajuan Internet diukur mengikut berapa banyak maklumat dapat dipindahkan dari server ke komputer. Lebih laju sambungan Internet lebih cepat maklumat dapat dipindahkan. Kelajuan Internet diukur menggunakan kaedah kbps iaitu kilobit per seconds atau kilobit sesaat.


Kbps menunjukkan berapa bayak maklumat boleh dipindahkan didalam masa satu saat. Jika sambungan Internet kita adalah 1 kbps, ini menunjukkan kadar pemindahan maklumat adalah 1,000 bit sesaat.


Oleh kerana 1 huruf mewakili 8 bit maka 1,000 bit adalah lebih kurang 128 huruf. Pemindahan 128 huruf sesaat memang lah tidak banyak. Sebab itu kelajuan Internet yang dibekalkan adalah didalam lingkungan 100 kbps keatas. Dengan kelajuan 100kbps (100,000 bit), sambungan dapat memindahkan 12,800 huruf sesaat.


Namun pengguna Internet sekarang tidak hanya memuat-turunkan teks sahaja, mereka memuat-turunkan gambar, lagu dan juga video, jadi kelajuan Internet sekarang telah meningkat ke tahap Mbps iaitu Mega bit per second. Kelajuan pada kadar 1 Mbps (1,000,000 bits) boleh memindahkan sebanyak 128,000 huruf sesaat.


Oleh kerana saiz fail biasanya diukur dengan kadar Byte, bukan bit maka untuk menukarkan byte kepada bit anda perlu mendarabkan bit dengan 8. Contoh mudah 1 MB fail yang dipindahkan melalui sambungan 56 kbps akan mengambil masa selama 2 minit 29.8 saat. Untuk memudahkan pengiraan anda boleh melayari laman web http://www.t1shopper.com/tools/calculate/downloadcalculator.shtml




Picture 3.png



Untuk anda mengukur kelajuan sesuatu sambungan pula anda boleh menggunakan kemudahan di laman web ini: http://www.speedtest.net/










Picture 2.png






Memindahkan Video dari Youtube ke komputer

Youtube merupakan kemudahan paparan dan penyimpanan video yang popular. Namun didalam laman web youtube tidak ada kemudahan untuk pengguna menyimpan video yang dipaparkan ke komputer. Ini adalah kerana jika video dimuat-turunkan kedalam komputer, Youtube tidak lagi boleh menjual iklan untuk dipaparkan. Namun begitu terdapat laman web yang membolehkan pengguna menyimpan Video yang diinginkan. Alamat laman web tersebut adalah di www.flvix.com. Flvix.com memberikan peluang kepada pengguna untuk menyimpan video daripada mana-mana laman web yang mereka inginkan didalam format yang mereka inginkan. Pengguna hanya perlu menyalin alamat laman web dimana video tersebut wujud, dan meletakkan alamat tersebut kedalam ruang URL di www.flvix.com Terdapat beberapa pilihan format akhir yang boleh dipilih oleh pengguna bergantung kepada peralatan yang mereka ingin gunakan untuk memainkan semula video tersebut. Setelah selesai proses memuat-turun dan pengubahsuaian dilakukan, fail video yang diinginkan akan muncul didalam komputer dan boleh dipindah atau ditonton tanpa memerlukan kemudahan sambungan Internet lagi.