Rakaman infoICT

Tuesday, April 29, 2008

Menguruskan laman web menggunakan CMS - Content Management System

Content Management System merupakan perisian yang diwujudkan untuk memudahkan pengurusan sesebuah laman web. Jika dahulu laman web perlu diuruskan secara manual melalui kaedah HTML dan FTP, dengan CMS pengguna boleh menyunting laman web secara terus melalui browser.

Untuk mewujudkan kemudahan CMS pengguna perlu mempunyai kemudahan Webserver. Ini adalah kerana kebanyakaan CMS memerlukan pemasangan Database dan kemudahan aplikasi pemprosesan mukasurat seperti .php, .asp atau .cfm.

Setelah perisian dan aplikasi CMS dipasangkan, pengguna hanya perlu menaipkan alamat laman web seperti biasa. Perbezaan diantar kemudahan CMS dengan kemudahan mewujudkan laman web yang lain adalah, pengguna boleh mengemaskinikan laman web hanya dengan menggunakan browser, tanpa perlu menggunakan perisian yang lain.

Diantara kemudahan aplikasi CMS yang popular adalah seperti Mambo, Joomla, Drupal dan banyak lagi.


200805021229.jpg

www.joomla.com



200805021229.jpg

www.drupal.com



200805021228.jpg

www.alfresco.com



Monday, April 28, 2008

Memantau laman web secara automatik melalui updatescanner

Proses pemantauan laman web secara manual semestinya akan mengambil masa yang panjang. Untuk kebanyakaan laman web atau blog proses pemantauan ini boleh dipermudahkan dengan menggunakan kemudahan RSS. RSS merupakan kemudahan langganan laman web yang boleh dilakukan secara automatik. Dengan kemudahan RSS, pengguna hanya perlu meletakkan alamat laman web yang hendak dipantau didalam perisian pembaca RSS. Diantara perisian yang boleh membaca RSS adalah seperti Feedreader atau netvibes.

Bagaimana pula laman web yang dibangunkan sendiri yang tidak mempunyai kemudahan RSS? Anda tidak perlu bimbang kerana terdapat perisian yang juga membolehkan anda memantau sesebuah laman web walaupun ianya tidak mempunyai kemudahan RSS.

Perisian ini menggunakan kaedah bacaan kod html dengan membuat perbandingan setiap 30 minit. Jika terdapat perbezaan diantara kod yang terdahulu maka ini menunjukkan laman web tersebut telah dikemaskinikan.

Kemudahan ini dinamakan updatescanner https://addons.mozilla.org/firefox/addon/3362 ianya merupakan perisian yang dikatogerikan sebagai Add-Ons untuk Firefox.

1.Setelah anda memuat-turun dan memasang perisian ini, anak panah akan muncul disebelah kanan bawah perisian firefox

200804280758.jpg

2. Untuk memantau sesebuah laman web, klik butang kanan tetikus.
200804280759.jpg

3. Setkan berapa kerap proses pemantauan perlu dilakukan.
200804280759.jpg

4. Apabila terdapat perubahan kepada laman web yang dipantau, ikon Update Scanner akan muncul di sebelah kanan skrin.
200804280806.jpg

5. Apabila laman web yang dipantau dikunjungi, maklumat yang baru dikemaskinikan akan diwarnakan dengan warna kuning.

200804280806.jpg

Wednesday, April 23, 2008

Bagaimana untuk mengubah domain di laman blog

Kebanyakaan laman blog memberikan alamat lamat blog secara percuma kepada mereka yang mendaftar di laman blog mereka. Alamat yang diberikan akan mengandungi alamat laman blog pembekal. Pengguna hanya boleh menukar bahagian sub domain sahaja. sebagai contoh untuk alamat laman blog infoict, alamat laman blognya adalah infoict.blogspot.com.

Jika pengguna hendak menukarkan alamat laman blog yang diperolehi kepada alamat lain ianya juga boleh dilakukan, langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1. Daftarkan alamat domain yang diinginkan.

Pendaftaran alamat-alamat domain boleh dilakukan secara online, terdapat banyak pembekal yang memberikan kemudahan pembelian domain secara online. Diantara perkhidmatan pendaftaran domain yang boleh digunakkan adalah www.godaddy.com

2. Halakan alamat yang didaftarkan ke laman blog yang diinginkan.

Apabila sesebuah alamat domain didaftarkan ianya akan di letakkan di DNS (Domain Name System pembekal). Untuk menghalakan alamat yang baru didaftarkan, pengguna perlulah mengubah maklumat didalam DNS kepada alamat laman web yang baru. Jika anda menggunakan kemudahan godaddy.com berikut adalah cara untuk mengubahnya.


200804230752.jpg


200804230752.jpg


200804230753.jpg


200804230753.jpg


200804230753.jpg

3. Pengubahan alamat baru di laman Blog Blogger.


200804230755.jpg


200804230755.jpg


200804230755.jpg

Tuesday, April 22, 2008

Memahami konsep domain (alamat laman web di Internet)

Alamat laman web merupakan teknik dimana sesebuah laman web boleh diakses dengan menggunakan alamat yang mudah untuk diingati. Alamat laman web juga dikenali sebagai domain name.

Jika alamat surat menyurat di kawal oleh organisasi seperti POS Malaysia siapa pula yang mengawal pendaftaran alamat laman web? Alamat-alamat laman web diseluruh dunia dikawal oleh sebuah organisasi yang dinamakan ICANN singkatan untuk Internet Corporation for Assigned Names and Numbers.

ICANN merupakan sebuah organisasi yang memastikan tidak ada pertindidihan diantara pendaftaran nama laman web-laman web diseluruh dunia. Untuk mendaftarkan alamat laman web yang memberikan kemudahan pendaftaran .com anda boleh menggunakan kemudahan pendaftaran seperti di www.easyspace.com atau www.godaddy.com.

Kos pendaftaran bergantung kepada pihak yang melakukan proses pendaftaran tersebut. Untuk nama yang tidak popular ianya mungkin bermula dari USD10 kepada USD20.

Apabila proses pendaftaran dilakukan ianya akan diletakan secara sementara diserver pembekal, server ini dinamakan DNS server. Setiap pembekal kemudahan pendaftaran alamat laman web biasanya akan memberikan kemudahan ini yang juga dikenali sebagai domain parking secara percuma. Ini bermakna anda boleh mendaftar untuk mendapatkan domain anda sendiri tanpa perlu mewujudkan laman web terlebih dahulu.


200804220750.jpg




200804220753.jpg



Monday, April 21, 2008

Kemudahan mewujudkan borang didalam laman blog

200804210758.jpg

Kemudahan laman Blog memberikan peluang kepada pengguna untuk berkongsikan maklumat di Internet tanpa perlu mempelajari kod-kod teknikal yang sukar. Laman Blog memberikan kemudahan kepada penulis untuk berkongsikan maklumat dengan cara yang lebih mudah tanpa perlu menghasilkan laman web.

Kebanyakaan laman Blog mempunyai kemudahan komen yang boleh menerima maklum-balas daripada pengunjung, namun, adakalanya pemilik laman Blog memerlukan maklumbalas yang lebih sistematik seperti pengisian borang maklumat.

Menghasilkan borang di Internet adalah satu perkara yang sukar kerana, terdapat dua bahagian yang perlu disempurnakan, bahagian pertama, penghasilan borang itu sendiri atau Form, dan kedua penyimpanan maklumat yang telah diberikan oleh pengunjung (database).

1. Penghasilan borang (Form)

Borang yang hendak dipaparkan perlu dihasilkan menggunakan kod HTML, kod HTML ini perlulah menyokong pelbagai jenis maklumat yang hendak disampaikan, setiap ruang yang hendak diisikan oleh pengunjung dinamakan Field, terdapat pelbagai jenis field yang terdapat didalam sesuatu borang.

Text field - ruang untuk menerima maklumat didalam bentuk teks

Imej field - ruang untuk menerima imej

Multiple choice field - teknik yang membolehkan pengguna memilih pilihan jawapan yang telah disediakan.

2. Penyimpanan maklumat (database)

Apabila seseorang pengunjung telah siap mengisikan maklumat melalui borang atau Form dan mereka menekan butang Submit, maklumat yang telah diisikan perlulah disimpan didalam database. Kemudahan Database secara online perlu diwujudkan sebelum maklumat yang telah diambil boleh disimpan.

Masaalah-masaalah teknikal didalam proses penghasilan borang ini telah membataskan proses pengumpulan data oleh penghasil laman web. Namun masaalah tersebut telahpun selesai dimana kini terdapat kemudahan penghasilan borang dan penyimpanan.

Kemudahan tersebut boleh diperoleh di www.wufoo.com

200804210726.jpg

Friday, April 18, 2008

Sistem pengurusan pelanggan di crm.zoho.com

200804180758.jpg

Pelanggan merupakan komponen penting didalam sesebuah perniagaan. Ada perniagaan mempunyai pelanggan tetap ada pelanggan sekali sahaja. Setiap perniagaan mempunyai pelbagai usaha untuk mendapatkan pelanggan, ada yang membuat pameran, ada yang membuat pengiklanan dan bermacam-macam cara lagi.

Pelanggan yang diperolehi walau didalam apa cara sekali pun merupakan asset bagi sesuatu perniagaan. Namun didalam kebanyakaan perniagaan asset ini tidak diuruskan dengan betul.

Syarikat ada sistem pengurusan akaun, sistem pengurusan sumber manusia, sistem pengurusan asset dan sebagainya namun untuk pengurusan pelanggan ianya mungkin ada tetapi tidak begitu sistematik.

Kini terdapat sistem pengurusan pelanggan yang boleh digunakan secara online, sistem ini memudahkan ekesutif pemasaran memasukkan kesemua prospek dan pelanggan tetap mereka kedalam satu tempat. Dengan adanya sistem pengurusan pelanggan, ianya menjadikan proses penjualan menjadi lebiha mudah.

Sebenarnya menjual kepada pelanggan yang sama adalah lebih murah daripada mencari pelanggan yang baru. Ini adalah kerana untuk mendapatkan pelanggan baru sejumlah kos perlu dilaburkan. Kos dari segi pengiklanan, kos hiburan dan bermacam-macam kos lagi, namun apabila seseorang itu telah menjadi pelanggan maklumat mereka tidak lagi digunakan untuk menjual barangan yang lain atau membeli barangan yang sama tetapi berbeza sedikit.

Kemudahan pengurusan pelanggan secara online ini boleh di akesss di crm.zoho.com

Thursday, April 17, 2008

Menganalisa maklumat pengunjung ke laman web melalui www.w3counter.com

200804170808.jpg

W3counter.com merupakan kemudahan pemantauan pengunjung yang mengunjungi sesebuah laman web. Jika dahulu kemudahan yang dberikan hanyalah jumlah pengunjung, kini w3counter boleh memberikan maklumat pengunjung berserta dengan peta lokasinya sekali.


200804170811.jpg

Empunya laman web juga boleh mendapatkan analisa pengunjung didalam betnuk carta dan graf.


200804170812.jpg

Wednesday, April 16, 2008

Pangkalan Data sebutan perkataan oleh pengguna bahasa penghantar

200804160758.jpg

Internet merupakan kemudahan yang penting bukan sahaja untuk menghantar maklumat, ianya juga merupakan kemudahan yang penting untuk digunakan sebagai kaedah berkongsi maklumat.

Didalam Web versi 2 maklumat yang boleh dikongsikan tidak lagi terbatas kepada hanya kepada teks dan imej, malah ianya juga boleh menerima maklumat didalam bentuk audio dan video.

Kini terdapat laman web yang membolehkan pengguna belajar dan juga mengajar bagaimana sebutan sesuatu bahasa itu disebut oleh mereka yang bertutur didalam bahasa tersebut dengan lebih tepat.

Alamat lamannya adalah www.forvo.com

Tuesday, April 15, 2008

Ruang perkongisan fail www.filedropper.com

Internet merupakan saluran yang sesuai untuk berkongsikan maklumat, namun kadangkala kemudahan yang digunakan mungkin tidak bersesuaian dengan konsep perkongsian tersebut. Sebagai contoh, cara yang popular untuk berkongsikan fail adalah dengan menggunakan email, tetapi perkongsian fail melalui email boleh menimbulkan masaalah dari segi sekatan yang diwujudkan oleh server penerima email.

Terdapat beberapa kekangan apabila menggunakan email untuk perkongsian maklumat.

1. Sesetengah email server tidak boleh menerima fail yang besar disebabkan saiz peti email yang diberikan adalah kecil.
2. Sesetengah email server menghalang format fail yang diterima seperti .zip atau .exe
3. Email yang mengandungi attachment yang besar memerlukan bandwith yang besar untuk dimuat-turunkan walaupun ianya tidak diperlukan.

Untuk mengelakkan daripada kekangan diatas satu kemudahan perkongsian fail secara online telah diwujudkan. Kemudahan ini dinamakan faildropper. Ianya boleh diakses di www.filedropper.com .

Untuk menggunakan kemudahan ini pengguna hanya perlu memuat-naikan fail yang hendak dikongsikan dengan menekan butang Upload. Ruang penyimpanan sebesar 5GB diberikan untuk setiap pengguna.

200804150751.jpg

Setelah selesai proses memuat-naik dilakukan, satu capaian kepada lokasi fail yang asal akan diberikan. Anda hanya perlu menghantarkan alamat capaian tersebut melalui email, SMS atau ditulis diatas kertas. Penerima hanya perlu menaipkan semula alamat yang diberikan untuk proses muat-turun dilakukan.

200804150753.jpg

Apabila penerima menerima email berserta dengan alamat mereka hanya perlu menaipkan alamat tersebut didalam browser mereka untuk fail tersebut dimuat-turunkan.


200804150815.jpg

Monday, April 14, 2008

Pengunaan Adobe Media Player untuk menonton video di Internet

200804140738.jpg

Internet merupakan satu daripada cara terkini untuk menonton video, terdapat pelbagai pembekal kemudahan yang telah memberikan pilihan kepada pengguna untuk menjadikan Internet sebagai satu cara untuk menonton video. Ramai daripada pengguna mungkin telah menggunakan Youtube, Metacafe, Joost dan pelbagai kemudahan-kemudahan yang lain.

Namun kebanyakaan kemudahan yang diberikan tidak dapat menandingini siaran TV tidak kira yang percuma atau melalui langganan. Ini adalah kerana kandungan siaran TV mempunyai tahap kualiti yang tinggi berbanding dengan kandungan yang diperolehi di Internet.

Sesetengah kemudahan yang diberikan hanya boleh ditonton secara online, dan jika sambungan Internet tidak begitu baik maka tahap kepuasan tontonan juga akan menurun.

Kini terdapat kemudahan menonton rancangan kegemaran ramai melalui Internet yang disediakan oleh Adobe. Kemudahan ini memerlukan perisian yang dinamakan Adobe Media Player dimuat-turunkan kedalam komputer anda. Perisian in boleh digunakan di WIndows dan juga Apple. Perbezaan kemudahan ini jika dibandingkan dengan kemudahan-kemudahan yang lain adalah ianya disokong oleh syarika stesen TV yang besar seperti CBS, Universal dan MTV.

Adobe Media Player boleh dimuat turun di http://www.adobe.com/products/mediaplayer/

Friday, April 11, 2008

Bermain guitar di Internet - www.songsterr.com

200804110812.jpg

Songsterr.com merupakan laman web yang boleh membantu mereka yang ingin bermain gitar, bermain gitar dengan lebih mudah. Caranya mudah sahaja, langkah pertama pengunjung perlu memilih lagi yang diinginkan.

Apabila lagu telah dipilih, secara automatik nota latar akan dimainkan. Pengguna hanya perlu menekan anak panah apabila tiba waktu sesuai untuk nota tersebut dimainkan.

Alamat laman webnya www.songsterr.com

Wednesday, April 09, 2008

Kemudahan langganan laman web melalui feedreader

200804091225.jpg


Feedreader di www.feedreader.com merupakan perisian yang membolehkan pengguna melanggan laman blog dan laman web yang mempunyai kemudahan RSS (Really Simple Syndication)


Setelah Feedreader dimuat-turunkan anda hanya perlu memasukkan alamat laman web yang hendak dilanggan didalam ruang yang disediakan. Perisian Feedreader akan menyemak kandungan yang terdapat didalam sesebuah laman blog tersebut pada setiap 30 minit. Jika terdapat maklumat terkini yang telah dikemaskinikan oleh laman blog tersebut ianya akan dimuat-turun secara automatik kedalam perisian Feedreader untuk dibaca oleh pengguna.


Dengan pengunaan perisian langganan laman web ini pengguna tidak lagi perlu mengunjungi laman web tersebut untuk mengetahui samaada terdapat maklumat terkini atau tidak didalam laman web tersebut dan pengguna juga boleh membaca laman-laman web yang dilanggan walaupun tidak ada sambungan internet. (bergantung kepada setting didalam laman web tersebut)


Jika laman web yang dilanggan tidak boleh dilanggan secara automatik dengan menggunakan alamat laman web tersebut, anda perlulah mencari maklumat langganan melalui kemudahan ikon RSS yang terdapat didalam laman web tersebut.


Contoh ikon RSS :


200804091235.jpg


Apa yang perlu dilakukan adalah tekan diatas ikon XML, klik disebelah kanan dan salin alamat yang terdapat didalam ikon tersebut, kemudian pastekan alamat tersebut didalam perisian Feedreader untuk memulakan langganan. Alamat yang anda langgan kemungkinan kelihatan seperti ini - http://www.news.com/2547-1_3-0-20.xml?tag=pre_ft




200804091253.jpg




Memindahkan email dari Outlook ke Gmail

200804090756.jpg

https://mail.google.com/mail/help/email_uploader.html

200804090759.jpg


200804090759.jpg


200804090759.jpg


200804090800.jpg


200804090800.jpg




Friday, April 04, 2008

Buku Audio www.audiobooks.org


200804040805.jpg

Buku audio merupakan buku yang telah dibacakan dan disimpan didalam bentuk audio. Banyak laman web yang telah menyediakan buku didalam bentuk audio dan kebanyakaannya juga telah memberikan kemudahan ini tanpa sebarang bayaran.

Dengan wujudnya buku-buku didalam bentuk audio ianya akan dapat memberikan peluang kepada pengguna yang tidak mempunyai peluang untuk membaca kerana kesuntukan masa dan kekangan-kekangan persekitaran.

Buku audio merupakan satu segmen panghasilan yang penting didalam industri penghasilan buku, ini adalah kerana ianya mudah untuk dihasilkan dan mudah untuk diedarkan. Memang janggal untuk mendengar buku pada mulanya namun keadaan sentiasa berubah, kita perlulah berubah juga untuk mengadaptasikan keadaan semasa dengan teknologi yang ada.

Diantara alamat laman web yang boleh digunakan untuk mendapatkan buku didalam bentuk audio adalah di www.audiobooks.org

Buku-buku dilaman web ini boleh diakses dan didengari secara online juga, jika mahukan buku tersebut dimuat-turunkan ke komputer anda perlu menekan butang tetikus sebelah kanan dan memilih arahan save link as ....


200804040814.jpg

Wednesday, April 02, 2008

Kemudahan nombor mudah alih - Mobile Number Protability

Kemudahan nombor mudah-alih merupakan kemudahan dimana pengguna telefon bimbit boleh menukar pembekal syarikat telekomunikasi dan pada masa yang sama mereka boleh menyimpan no telefon yang asal.


Kemudahan yang akan diperkenalkan pada bulan August ini akan membolehkan pengguna memilih syarikat mana yang akan memberikan promosi, caj dan juga perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan mereka.


Untuk menukarkan perkhidmatan syarikat telekomunikasi ini, pengguna hanya perlu pergi ke syarikat telekomunikasi yang baru dan nyatakan nombor yang mereka inginkan, dan proses penukaran akan dilakukan serta-merta.


Padamasa yang sama apabila syarikat telekomunikasi bertukar, kemungkinan besar apa-apa kemudahan atau langganan yang dilakukan di pihak telekomunikasi lama tidak akan ditukarkan secara automatik. Jadi pihak pengguna perlu melanggan semula kemudahan-kemudahan yang pernah mereka langgani sebelum ini, terutama sekali langganan kemudahan SMS dari pembekal kandungan persendirian.



Penyimpanan kandungan didalam Open Document Format

Setiap fail yang hendak disimpan perlulah disimpan mengikut format yang bersesuaian. Format tersebut perlulah disokong oleh perisian yang akan digunakan untuk membuka fail tersebut. Terdapat dua jenis format yang wujud, format yang tertutup dan format yang terbuka.

Diantara format-format yang termasuk didalam katogeri Open Document Format adalah

  • .odt for word processor
  • .ods for spreadsheet
  • .odp for presentation
  • .odg for graphic
  • .odf for formula

ODF dibangunkan oleh Kumpulan Teknikal Open Office XML. Terdapat juga format-format yang dibangunkan oleh syarikat persendirian yang telah diberikan status Open Document Format. Diantaranya adalah format PDF yang dibangunkan oleh Adobe.

Untuk menghasilkan format PDF pengguna boleh menggunakan kemudahan PrimoPDF yang boleh dimuat-turunkan di www.primopdf.com.


Picture 21.png

http://en.wikipedia.org/wiki/OpenDocument
http://en.wikipedia.org/wiki/Portable_Document_Format

Tuesday, April 01, 2008

Memahami konsep Open Source - Sumber Terbuka

Picture 17.png

Perisian Open Source atau Perisian yang mengunakaan Sumber Terbuka merupakan perisian yang datang dengan kod sumbernya sekali. Mengapa menggunakan open source?

1. boleh melihat kod yang digunakan

2. boleh di tambah baik

3. menggunakan format yang terbuka

4. kebanyakaannya percuma

5. format tidak dimonopoli oleh sesebuah syarikat.

Openoffice boleh dimuat-turunkan di www.openoffice.org. Maklumat mengenai komuniti Open Source Malaysia boleh di akses di http://sumberterbuka.com