Thursday, May 29, 2008
Mengemaskinikan laman Blog melalui WAP
Berikut adalah langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk mengemaskinikan laman blog melalui WAP.
1. Login ke laman blog anda.
2. Klik diatas settings.
3. Klik diatas email.
4. Cari - mail-to-blogger address
5. Masukan kod rahsia didalam alamat email yang diberikan. Contoh: blogsaya.xxxx@blogger.com
6. Gantikan xxxx dengan kod rahsia anda seperti. Contoh - 1234. Selepas ini untuk mengemaskinikan laman blog anda hantarkan email kealamat email: blogsaya.1234@blogger.com
Untuk mengemaskinikan laman blog anda melalui wap ikuti arahan berikut:
1. Pergi ke laman WAP dapat.mobi melalui telefon bimbit anda.
2. Pilih capaian email
3. Didalam ruang To: taipkan alamat email rahsia blog anda. Cth: blogsaya.1234@blogger.com
4. Didalam ruang From: taipkan alamat email anda.
5. Taipkan Tajuk posting blog anda didalam ruang Subject:
6. Taipkan pengisian blog anda didalam ruang Message.
Setelah selesai tekan butang send. Laman blog anda akan dikemaskinikan sebaik sahaja email dihantar. Selamat mencuba.
Memggunakan kemudahan SMS ALERT
Nombor-nombor tersebut perlulah dimasukkan kedalam telefon bimbit empunya satu persatu. Bukankah elok jika satu proses pendaftaran seperti pendaftaran sahabat klfm boleh dilakukan tetapi untuk kegunaan persendirian sahaja.
Sebagai contoh mereka yang telah menubuhkan kelab atau pasukan boleh melanggan maklumat daripada pengerusi dan penghantaran dibiayai oleh kelab.
Untuk mewujudkan kemudahan DAPAT ALERT ini pengguna hanya perlu menaip;
ALERT REG <kod alert> hantar ke DAPAT
Untuk menyertai Kod Alert, taip:
ALERT <kod alert> ON hantar ke DAPAT
Untuk membuat alert (untuk pengasas sahaja), taip:
ALERT <kod alert> <mesej hebahan > hantar ke DAPAT
Untuk menghentikan langganan SMS Alert, taip:
ALERT <kod sms alert> OFF hantar ke DAPAT
Pertanyaan SMS ke azli, taip:
AZLI <pertanyaan> hantar ke DAPAT
* setiap kod yang diwujudkan akan dicaj RM1. Setiap kod akan menerima 100 kredit hebahan bernilai RM10
Wednesday, May 28, 2008
Mengakses lirik secara online di www.lyricsoncall.com
Lagu didalam format MP3 memang telah boleh dimuat-turun melalui laman-laman web ataupun secara peer-to-peer. Perisian seperti Limewire, Ares dan Bittorrent telah memudahkan pengguna berbuat begitu.
Namun adakalanya apa yang dicari oleh pengguna juga adalah lirik lagu yang telah dimuat-turunkan. Sebelum ini kita mungkin menggunakan kemudahan enjin pencari seperti Google untuk mencari lagu, adakalanya berjumpa dan adakalanya tertipu.
Kini terdapat laman web yang menyediakan lirik lagu dari seluruh dunia. Alamat laman webnya adalah www.lyricsoncall.com Setakat ini lyricsoncall belum lagi menghampakan pencarian lirik lagu saya. Lirik lagu dari tahun 80 an seperti Cindy Lauper Girls Just Want to have fun ke lirik Dafi Bila Terasa RIndu telah pun saya perolehi.
Lirik-lirik lagu penyanyi evergreen juga seperti P. Ramlee, Ramli Sarip juga dapat diperolehi.
Tuesday, May 27, 2008
Memggunakan kemudahan SMS ALERT
Nombor-nombor tersebut perlulah dimasukkan kedalam telefon bimbit empunya satu persatu. Bukankah elok jika satu proses pendaftaran seperti pendaftaran sahabat klfm boleh dilakukan tetapi untuk kegunaan persendirian sahaja.
Sebagai contoh mereka yang telah menubuhkan kelab atau pasukan boleh melanggan maklumat daripada pengerusi dan penghantaran dibiayai oleh kelab.
Untuk mewujudkan kemudahan DAPAT ALERT ini pengguna hanya perlu menaip;
ALERT REG <kod alert> hantar ke DAPAT
Untuk menyertai Kod Alert, taip:
ALERT <kod alert> ON hantar ke DAPAT
Untuk membuat alert (untuk pengasas sahaja), taip:
ALERT <kod alert> <mesej hebahan > hantar ke DAPAT
Untuk menghentikan langganan SMS Alert, taip:
ALERT <kod sms alert> OFF hantar ke DAPAT
Pertanyaan SMS ke azli, taip:
AZLI <pertanyaan> hantar ke DAPAT
* setiap kod yang diwujudkan akan dicaj RM1. Setiap kod akan menerima 100 kredit hebahan bernilai RM10
Monday, May 26, 2008
Pengurusan kewangan untuk kanak-kanak
Konsep pengurusan kewangan perlulah diperkenalkan kepada anak-anak sejak dari bangku sekolah lagi. Teknik menyimpan untuk membeli haruslah juga diperkenalkan pada waktu yang sama. Jika dahulu perisian pengurusan kewangan adalah untuk orang dewasa sahaja, kini telah terdapat kemudahan pengurusan kewangan untuk anak-anak.
Alamat laman web untuk kemudahan ini adalah www.zefty.com Kemudahan pengurusan ini adalah secara online sepenuhnya maka tiada perisian perlu dipasang dkomputer pengguna.
Zefty.com memberikan kanak-kanak dan ibu bapa mengakses sesuatu akaun pada masa yang sama menggunakan katalaluan yang berbeza. Ia juga memberikan kemudahan akaun semasa dimana chek boleh dikeluarkan untuk membuat pembayaran kepada adik beradik yang lain.
Walaupun kemudahan pengurusan kewangan yang diberikan adalah ringkas namun ianya amat menepati kehendak teknik pengurusan kewangan apabila seseorang itu meningkat dewasa nanti.
Friday, May 23, 2008
Virus Jambanmu
Virus merupakan perisian yang dihasilkan bertujuan untuk mengangu kelancaran sesebuah komputer yang dijangkiti. Kini terdapat banyak virus yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit menjangkiti komputer pengguna.
Virus yang terkini yang telah menjangkiti banyak komputer di negara ini adalah virus Jambanmu. Virus Jambanmu ini adalah dari katogeri Trojan Horse. Virus ini membawa kandungan yang boleh memperlahankan sesebuah komputer yang dijangkiti. Sesebuah komputer boleh dijangkiti dengan virus ini melalui Thumbdrive.
Apabila sesebuah komputer telah dijangkiti, beberapa fail yang terdiri daripada fail .htm dan exe akan disalin kekomputer tersebut. Fail .htm yang bertajuk read_me.html mengandungi pelbagai perkataan yang kurang enak dibaca.

Selain daripada fail .htm virus Jambanmu ini juga akan menyalin dua fail iaitu Flash.10.exe dan Macromedia.10.exe

Virus Jambanmu ini juga akan menghalang perisian Registry Editor daripada dibuka.

Pengunaan arahan CMD juga turut dihalang.

Komputer yang dijangkiti akan kehilangan menu Folder Options

Dan juga arahan menu pencarian.

Thumbdrive yang dijangkiti juga akan ditambahkan menu scan for virus yang sebenarnya akan memindahkan Virus dari Thumbdrive ke komputer pengguna

Didalam Thumbdrive yang dijangkiti juga terdapat arahan-arahan yang akan mengubah arahan menu Explore dan Open kepada arahan menyalin Virus ke Komputer pengguna.

Oleh kerana kesemua teknik pembuangan Virus melalui arahan komputer telah dihalang, cara yang paling mudah untuk memadam virus tersebut adalah dengan menggunakan perisian KillFlash10

Ianya boleh dimuat-turun disini. http://www.filedropper.com/killflash10 Setelah perisian dijalankan, komputer perlu di mulakan semula untuk keseluruhan proses lengkap.

Sebagai langkah berjaga-jaga anda bolehlah memuat-turun perisian anti virus yang mempunyai pelindungan virus Jambanmu seperti AVG.
Thursday, May 22, 2008
Kemudahan penerang-Highlight di laman web www.awesomehighlighter.com
Laman web telah mengubah cara kita memperolehi maklumat. Jika dahulu maklumat diperolehi daripada buku kini kebanyakaan maklumat diperolehi dari laman web.
Namun begitu habit didalam proses pembacaan masih tidak berubah. Sebagai contoh jika kita membaca buku kita mungkin suka menggunakan higlighter iaitu teknik mewarnakan bahagian yang telah dibaca dengan warna kuning. Tetapi bagaimana jika kita hendak menggunakan teknik yang sama apabila membaca laman web?
Kini telah terdapat kemudahan untuk pembaca mewarnakan bahagian yang dibaca disesebuah laman web di www.awesomehighlighter.com. Kemudahan ini memberikan kita peluang untuk mewarnakan perenggan yang penting didalam proses pembacaan. Untuk menggunakan kemudahan ini, pengguna hanya perlu memasukkan alamat laman web yang hendak diwarnakan di alamat laman web awesomehighlighter.com.
Setelah proses penerangan dilakukan, satu alamat laman web yang baru akan diberikan dimana semua penandaan akan disimpan disitu. Anda boleh berkongsikan alamat laman web yang baru untuk melihat laman web yang telah diedit.


Untuk pengguna browser firefox, sila muat-turun Adds-On awesomehighlighter untuk memudahkan proses penandaan tanpa perlu melawat laman web awesomehighlighter setiap kali untuk menandakan sesebuah laman web.

Ikon awesomehighlighter akan kelihatan disebelah bawah kanan Firefox.
Friday, May 16, 2008
Kemudahan tonton video untuk kanak-kanak

Teknologi merupakan satu kemudahan yang boleh membantu proses pembelajaran kanak-kanak semasa membesar. Jika dahulu video pembelajaran dapat ditonton melalui TV kini video dapat ditonton melalui youtube.
Namun untuk membawa anak-anak ke youtube mungkin akan menimbulkan perasaan serba salah kepada ibubapa, kerana di youtube penonton boleh menonton kesemua video tanpa sebarang kawalan.
Kini terdapat laman web yang dikhususkan untuk kanak-kanak yang boleh digunakan tanpa was-was. Alamat laman web tersebut adalah www.totlol.com
Thursday, May 15, 2008
Pengunaan teknologi didalam proses pencetakan - Pre-Press
Cetakan adalah proses pemindahan dakwat keatas kertas. Untuk mencetak sehelai dua bahan, mesin pencetak inkjet atau laser boleh kita gunakan. Tetapi untuk mencetak 100 - 200,000 helaian, mesin pencetak inkjet atau laser yang biasa kita gunakan adalah tidak efisyen.
Proses pencetakan boleh dibahagi kepada dua. Bahagian pertama adalah proses penyediaan bahan untuk dicetak dan bahagian kedua adalah bahagian percetakan itu sendiri.
Bahagian proses penyediaan bahan ini dipanggil Pre-Press. Bahagian Pre-Press ini boleh dilakukan menggunakan komputer yang sedia ada tetapi pengguna perlulah faham konsep keseluruhan proses percetakan.
Setelah memahami konsep keseluruhan proses pencetakan pengguna boleh memilih proses mana yang hendak dilakukan sendiri dan proses mana perlu dilakukan diluar.
Proses pencetakan sesuatu bahan bermula dengan proses memasukkan bahan kedalam komputer. Bahan yang dimasukkan boleh dibahagi kepada empat bahagian.
1. Teks
2. Imej
3. Lakaran
4. Layout
Oleh kerana terdapat empat bahagian penyediaan bahan untuk dicetak, maka terdapat empat perisian yang perlu digunakan didalam proses penyediaan ini.
Untuk teks perisian Word Processor seperti Word boleh digunakan. Untuk Imej pula perisian yang popular adalah Adobe Photoshop, untuk lakaran perisian yang popular juga dari Adobe dinamakan Adobe Illustrator.
Ketiga-tiga bahan ini memerlukan perisian pengabung yang dinamakan Layout. Perisian layout yang popular adalah dari Adobe juga yang dinamakan Adobe PageMaker.
Perisian Adobe Photoshop memerlukan perkakasan yang dinamakan scanner atau pengimbas. Proses pengimbasan ini boleh dilakukan sendiri jika terdapat perlatan scanner yang sesuai.
Setelah bahan teks, gambar dan lakaran disiapkan. Kesemuanya perlu dimasukkan kedalam perisian Layout seperti PageMaker.
Sebelum proses pencetakan boleh dimulakan, PageMaker perlu menukarkan apa yang dilihat diatas skrin kepada Filem. Proses penghasilan filem ini boleh dilakukan disyarikat penghasilan filem. Setelah filem dihasilkan, ianya boleh dibawa ke syarikat pencetak untuk dicetak.

Wednesday, May 14, 2008
Teknologi ICT didalam percetakan
Teknologi bukan sahaja telah mengubah proses berkomunikasi secara elektronik, ianya juga telah mengubah dan membantu proses penghasilan bahan bercetak. Walaupun kebanyakaan maklumat telahpun dikongsikan secara elektronik namun perkongsian maklumat secara cetakan masih menjadi perantaraan pilihan masyarakat semasa.
Kita tidak banyak memikirkan mengenai teknologi semasa cetakan, sebenarnya teknologi percetakan telahpun melalui perubahan drastik sejak 20 tahun yang lampau. Sebenarnya sektor percetakan amat bergantung kepada teknologi seperti mana penghasilan perkongsian maklumat didalam sektor-sektor yang lain.
Tidak banyak pengguna mengetahui berkenaan tahap pengunaan teknologi canggih yang diperlukan untuk menghasilkan sekeping bahan bercetak. Tahap pemahaman teknologi untuk pekerja yang berkerja didalam sektor percetakan adalah amat tinggi seperti juga pekerja didalam sektor multimedia dalan penghasilan laman web.
Sebelum seseorang boleh menghasilkan terdapat bebrapa konsep yang perlu difahami. Konsep yang pertama adalah mengenai Spektrum Warna. Ini penting kerana jumlah warna yang boleh disimpan didalam sesuatu media bergantung kepada besarnya spektrum yang dimiliki oleh media tersebut.
Kita mungkin perasaan dimana gambar yang diambil dengan kamera tidak seindah gambar yang dilihat oleh mata kita, dan gambar yang dipaparkan diskrin monitor tidak seindah gambar yang dipaparkan dikamera digital.
Seterusnya apabila gambar dicetak ianya tidak seindah gambar yang dipaparkan di skrin monitor.
Penurunan kualiti gambar ini apabila dipaparkan diplatform yang berlainan adalah disebabkan spektrum warna yang boleh digunakan adalah berkurangan.

Teknik pemaparan imej diskrin mengunakan kaedah RGB Red-Green-Blue. Tetapi teknik percetakan tidak mengunakan RGB tetapi mengunakan teknik CMYK - CYAN-MAGENTA-YELLOW-BLACK.

Proses pengubahan warna dari satu platform kepada platform yang lain ini perlu dilakukan dengan teliti dan supaya tahap maklumat yang dipindahkan adalah semaksima yang boleh.


Tuesday, May 13, 2008
IM (Instant Messenger) di telefon bimbit

Selain daripda email dan laman web, satu lagi kemudahan yang popular dikalangan pengguna Internet adalah Instant Messanger. Terdapat beberapa Instant Messenger yang boleh digunakan. Diantaranya adalah Yahoo, Windows Messenger, Google Talk, Skype dan Jabber. Selain daripada berkomunkasi melalui Instant Messenger secara langsung. Kini juga terdapat kemudahan seperti Instant Messenger tetapi mesej akan dipaparkan dilaman web seperti MySpace dan juga Facebook.
Jika sebelum ini Instant Messenger hanya boleh diakses melalui komputer kini, oleh kerana telefon bimbit juga telah mempunyai kemudahan Internet, IM telah boleh diakses melalui telefon bimbit.
Memasang perisian IM di komputer tidak menimbulkan masaalah, tetapi apabila memasang IM di telefon bimbit kesulitan akan bermula. Diantara masaalah yang mungkin dihadapi adalah:
1. Kemudahan tidak disokong di telefon bimbit
2. Kekurangan memori untuk memasang semua perisian
3. Sukar untuk berkomunikasi kerana terlampau banyak perisian yang perlu digunakan serentak.
Kini terdapat kemudahan yang boleh dipasang di telefon bimbit untuk membolehkan pengguna mengatasi masalah yang disenaraikan. Kemudahan tersebut adalah Nimbuzz, boleh diakses di www.nimbuzz.com. Untuk memuat-turunkan perisian ini ke telefon bimbit, pengguna boleh menghantar SMS, KLFM NIMBUZZ ke DAPAT|32728.

Monday, May 12, 2008
Menyimpan laman web melalui www.iterasi.net

Laman web merupakan media yang sentiasa berubah kandungannya, tidak seperti media cetak yang kandungannya akan dipegunkan selepas ianya dicetak. Jika sesebuah laman web hendak disimpan sebagai rujukan pengguna bolehlah menggunakan kemudahan penyimpanan fail melalui arahan Save Page As .... dan kemudian memilih Format sebagai Webpage Complete. Arahan ini akan menyimpan laman web tersebut didalam bentuk digital berserta dengan imej yang terdapat didalam laman web tersebut.
Kini terdapat kemudahan yang membolehkan pengguna merakamkan kandungan mukasurat laman web sama seperti kaedah Save Page As.. tetapi ianya lebih efisyen kerana laman web yang dirakamkan akan disimpan secara On-Line.
Kemudahan ini boleh diperolehi di www.iterasi.net. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mendaftar secara percuma di laman web ini. Langkah seterusnya adalah memuat-turunkan perisian tambahan kepada browser samaada Firefox atau I.e.
Setelah Ads-On ditambah ikon baru akan muncul sebagai Task-Bar di atas laman web yang sedang dipaparkan.

Untuk menyimpan laman web yang sedang dipaparkan pengguna hanya perlu menekan ikon N yang secara automatik akan menyimpan laman web yang dipaparkan didalam bentuk HTML secara on-line.

Tuesday, May 06, 2008
Kod barangan dua dimensi - QR Code
Kebanyakaan daripada pengguna sudah biasa menggunakan kemudahan Barcode atau Kod Bar. Kemudahan Barcode merupakan satu cara untuk memudahkan maklumat barangan diperolehi daripada database tanpa ianya perlu ditaipkan secara manual.
Kodbar yang banyak digunakan sekarang adalah kodbar didalam katogeri 1 dimensi, dimana kod bar tersebut hanya menyimpan maklumat mengenai nombor barangan sahaja. Maklumat tambahan seperti harga, nama barangan dan sebagainya disimpan didalam server.
Kini terdapat Barcode yang boleh menyimpan maklumat didalam dua dimensi, teknologi ini membolehkan lebih banyak maklumat dapat disimpan didalam sesebuah barcode. Barcode dua dimensi ini dinamakan QRCode. Ianya boleh dimuat-turun di www.kaywa.com

Barcode dua dimensi - QR Code

Friday, May 02, 2008
Penghantaran Borang Cukai Pendapatan secara elektronik
Pembayaran cukai pendapatan merupakan satu dari tanggungjawab sebagai warganegara. Proses penghantaran borang cukai pendapatan kini telah dipermudahkan dimana penghantaran maklumat cukai pendapatan telah boleh dihantar melalui Internet.
Hari ini 30 April merupakan tarikh akhir untuk menghantar borang cukai pendapatan untuk pendapatan tahun 2007. Alamat laman web untuk membolehkan pengguna mengisi borang cukai pendapatan adalah di hasil.org.my.
Sebelum seseorang pembayar cukai boleh mengisi borang di laman web yang disebutkan tadi, mereka perlulah mendapatkan no pengesahan PIN terlebih dahulu. No pengesahan PIN sebenarnya boleh diperolehi dengan menghantar email bersertakan dengan imej mykad depan belakang ke alamat email yang dinyatakan.
Tarikh akhir untuk permintaan no pin melalui email adalah pada 25 hb April. Selepas daripada tarikh tersebut permintaan no pin hanyalah melalui pejabat LHDN berdekatan.
Memaparkan lirik semasa mendengar lagu di www.crintsoft.com
MP3 merupakan format yang paling popular untuk memainkan kembali lagu-lagu didalam bentuk digital, namun kebanyakaan lagu didalam MP3 tidak disertakan dengan liriknya sekali. Kini terdapat kemudahan yang membolehkan lirik dipaparkan apabila lagu tersebut dimainkan. Kemudahan tersebut dinamakan Minilyric.
Setelah perisian Minilyric ini dimuat-turunkan pengguna perlulah ada sambungan Internet untuk memuat-turun lirik yang bersesuaian. Lamat laman web dimana perisian ini boleh dimuat-turunkan adalah di www.crintsoft.com


Thursday, May 01, 2008
Perjumpaan Bloggers' Union Malaysia
Kebiasaanya blogger hanya berkomunikasi dan berjumnpa melalui perantaraan maya, tetapi kini berpeluang untuk berjumpa secara fizikal.



