
SMS kini telah menjadi saluran komunikasi pilihan untuk semua pengguna. Jika dahulu SMS hanya untuk perhubungan diantara orang perseorangan dan kemudian diantara orangramai dan organisasi, kini SMS telah boleh digunakan untuk perhubungan diantara rakyat dan kerajaan.
Pagi ini merupkan pagi yang bersejarah kerana Negara Malaysia merupakan negara pertama yang melancarkan kemudahan penghantaran SMS kepada agensi kerajaan secara keseluruhan.
Walaupun sebelum ini kemudahan SMS memang telah digunapakai oleh sesetengah agensi kerajaan, dan pihak berkuasa tempatan, namun ianya tidak diwujudkan secara berkelumpuk. Setiap agensi mempunyai nombor yang berlainan dan format penghantaran SMS yang juga berbeza diantara satu agensi dengan agensi yang lain.
Dengan wujudnya kemudahan Gerbang SMS Kerajaan ini, pengguna tidak perlu risau mengenai kerahsiaan maklumat kerana ianya dipantau dan disimpan oleh pihak kerajaan sendiri. Nombor SMS yang digunakan juga berbeza dengan nombor SMS yang digunakan oleh pihak swasta.
Jika nombor SMS pihak swasta dahulu bermula dengan nombor 3 seperti 32728, kini pihak kerajaan mempunyai nombornya sendiri iaitu 15888.
Nombor telefon yang bermula dengan nombor 1 hanya dikhaskan untuk perkhidmatan kepada kerajaan jadi tidak wujud lagi kekeliruan samaada nombor SMS tersebut dimiliki oleh pihak swasta atau kerajaan.
Pada fasa permulaan ini sehingga hujung tahun, sebanyak 54 agensi telah dikenal pasti dan diberikan peluang untuk memberikan perkhidmatan mereka melalui SMS. Pada tahun hadapan pula, sebanyak 400 agensi akan menyertai gerbang ini dan pada tahun 2010 pula sebanyak 300 agensi akan bersama bagi melengkapkan kemudahan SMS Kerajaan ini.
Untuk semua warganegara Malaysia anda boleh mendaftar untuk menyertai komuniti SMS Kerajaan Malaysia yang dinamakan mySMS. Untuk menyertai komuniti mySMS, anda boleh menaip:
MYSMS REG [nama penuh seperti dalam kad pengenalan] [nokp] [daerah dimana anda berada] [alamat email, jika ada] hantar ke 15888.
Caj yang dikenakan hanya 20 sen. Lebih murah berbanding dengan caj SMS biasa. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan-kemudahan Gerbang SMS Kerajaan ini, anda boleh melayari laman web: www.mysms.gov.my.
Satu pameran akan diadakan bermula pada pagi ini 31 July 2008 di PICC Putrajaya selama dua hari. Anda boleh mengunjungi PICC untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai dengan operasi kemudahan Gerbang SMS Kerajaan.



