Sejak akhir-akhir ini banyak iklan mengenai perniagaan melalui teknologi dapat dilihat di akhbar dan di skrin Television. Kebanyakaan iklan yang berkaitan dengan teknologi ini menjanjikan pulangan yang tinggi sehingga ribuan ringgit sehari.
Dan untuk menyakinkan bakal pelanggan, ianya akan mempaparkan contoh-contoh pelanggan yang telah berjaya, berserta dengan penyata bank sekali.
Perniagaan mengenai teknologi ini tidak semuanya salah, tetapi kebanyakaan daripadanya adalah mengelirukan dan ada juga daripadanya menyalahi terma-terma pemberi kemudahan yang digunakan.
Satu daripada contoh perniagaan yang popular sekarang adalah dengan mendapatkan wang dengan menghasilkan Blog. Pengguna yang melanggan sebenarnya bukan mendapat pulangan daripada menghasilkan laman blog tetapi dengan menjual pakej laman blog yang telah mereka beli kepada bakal pembeli yang lain.
Keuntungan diperolehi daripada hasil penjualan laman blog, bukan daripada hasil pembayaran iklan seperti yang digambarkan. Teknik kedua adalah dengan mletakkan iklan didalam laman blog masing-masing dan kemudian menekan iklan-iklan yang ada secara bergotongroyong.
Ini juga merupakan satu kesalahan, kerana pengguna tidak boleh menekan diatas iklan yang terdapat diatas blog mereka sendiri.
Terdapat juga perniagaan yang berasaskan konsep yang sama, menggunakan kaedah SMS dan juga email.
Apa-apa sahaja bidang perniagaan yang ingin kita ceburi, pastikan ianya dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa kepada sindiket-sindiket penipuan.
1 comments:
Saya rasa itu betul. Banyak kenyataan mengelirukan sehinggakan ramai orang biasa yang mahu seperti yang diperklatakan itu, kecewa kerana tidak beroleh keputusan yang sepatutnya.
View Profile: Rantong
Post a Comment