Sambungan Internet dicaj mengikut kelajuan, jika kelajuan kereta dikira mengikut Km/j, dan berat diukur menggunakan kilo bagaimanakah kelajuan Internet diukur?
Kelajuan Internet diukur menggunakan kaedah kbps iaitu kilobits per second. Satu huruf mengandungi 8 bits atau 1 byte. Ini bermakna jika kelajuan Internet anda adalah 1 kbps (1,024 bits/se saat) maka anda boleh memuat-turunkan sebanya 128 huruf didalam masa satu saat.
Untuk mengetahui kelajuan Internet yang digunakan, anda boleh mengukurnya menggunakan perisian yang boleh diperolehi di Internet. Anda juga boleh mengukur kelajuan melalui kemudahan yang diberikan oleh kebanyakaan laman web.
Diantara laman web yang memberikan kemudahan mengukur kelajuan adalah di www.speedtest.net.

Pilih server yang hendak diukur

Setelah selesai anda akan tahu kelajuan Internet anda.
Kelajuan Internet terbahagi kepada dua, kelajuan download dan kelajuan upload. Kelajuan download biasanya adalah lebih laju dari upload.
* Tip Mobile :
Langganan unlimited (tanpa-had) kemudahan broadband yang anda milki tidak sah jika anda berada di luar negara. Caj yang dikenakan akan dikira mengikut kilobyte yang anda gunakan. Caj yang dikenakan boleh mencecah 10 sen se kilobyte.
Jika anda berada diluar negara pastikan anda melanggan pakej unlimited yang berasingan. Caj yang dikenakan lebihkurang RM38 sehari.
0 comments:
Post a Comment