Rakaman infoICT

Thursday, February 26, 2009

Kemudahan langganan laman web melalui RSS

RSS merupakan kemudahan untuk pengguna internet melanggan maklumat di laman-laman web atau blog dengan lebih mudah. Proses langanan RSS dibahagikan kepada dua bahagian:

1. Kemudahan langganan RSS di laman web yang diinginkan - kemudahan langganan RSS perlu diwujudkan di laman web yang ingin dilanggan. Kebanyakaan laman blog telah memberikan kemudahan ini secara automatik. Pengguna tidak boleh mewujudkan kemudahan langganan RSS ini jika laman web yang ingin mereka langgan tidak mempunyai kemudahan RSS.

2. Kemudahan aplikasi langganan RSS - Seperti juga dengan kemudahan email, aplikasi diperlukan untuk membaca email, ianya boleh dibahagikan kepada dua; aplikasi sebagai perisian seperti Outlook atau aplikasi melalui browser - Gmail. Kemudahan aplikasi langganan melalui perisian boleh digunakan seperti www.feedreader.com dan aplikasi melalui browser seperti reader.google.com


Kemudahan langganan RSS melalui Perisian (Windows) - www.feedreader.com

200902260559.jpg

Kemudahan langganan RSS melalui perisian (Apple) - http://www.newsgator.com/INDIVIDUALS/NETNEWSWIRE/


200902260655.jpg

Kemudahan langganan RSS melalui Browser


200902260604.jpg


Kemudahan langganan ini juga boleh diwujudkan ditelefon bimbit, terdapat banyak jenama telefon bimbit yang telah mempunyai kemudahan langganan RSS, apa yang perlu adalah untuk pengguna memasukkan alamat laman web yang mempunyai kemudahan RSS yang ingin dilanggan. Jika anda mempunyai telefon bimbit Blackberry anda boleh memuatkan perisian ini www.viigo.com untuk melanggan RSS terus ke Blackberry anda.


200902260605.jpg

Menggunakan kemudahan RSS di telefon bimbit adalah lebih baik dari melayari laman web melalui telefon bimbit, ini adalah kerana maklumat yang dihantar melalui RSS adalah lebh kecil, tanpa imej dan animasi.



Tuesday, February 17, 2009

Laporan Pameran Mobile World Congress 2009

Laporan ShowStoppers Mobile World Congress 2009 Barcelona Spain.

(16-19 Feb 2009)

Mobile World Congress 2009 merupakan satu pameran antarabangsa yang memfokuskan didalam bidang teknologi telefon bimbit. Ianya diadakan setiap tahun di Barcelona, Spain.

Terdapat pelbagai teknologi, aplikasi, perkakasan dan konsep yang dipamerkan disini, ianya diperkenalkan didalam bentuk prototaip dan juga didalam bentuk sedia untuk dipasarkan.

Pada setiap tahun, organisasi media terpilih akan diberi peluang pada malam sebelum hari pameran untuk menyaksikan produk daripada syarikat yang mengambil bahagian didalam pameran ini. Sesi pra-tonton ini dinamakan ShowStopper 2009.

Berikut adalah diantara syarikat yang terpilih untuk produk mereka dikongsikan bersama media pada malam tersebut.

1. Vuzix (www.vuzix.com)

DSC_0560.JPG

Vuzix merupakan kacamata yang membolehkan paparan dilhat dari apa sahaja peralatan yang mempunyai kemudahan video out. Paparan dari peralatan seperti iPod, telefon bimbit dan juga alat permainan membolehkan pengguna menikmati kandungan yang diinginkan dengan saiz yang lebih besar didalam saiz peralatan yang lebih kecil.

Imej yang dipaparkan oleh peralatan ini menyamai skrin yang bersaiz 2 meter tinggi dan 6 meter lebar. Ini membolehkan pengguna menikmati kandungan video, imej dan juga permainan aksi dengan lebh menarik tanpa kekangan saiz fizikal peralatan.

Peralatan ini juga boleh disambungkan kepada komputer untuk pengguna melihat paparan secara persendirian didalam bentuk 2D dan juga 3D. Peralatan ini telah boleh diperolehi dipasaran dengan harga USD190

2. Zeemote (www.zemote.com)

Zeemote merupakan alat kawalan permainan telefon bimbit melalui sambungan teknologi Bluetooth. Peralatan ini membolehkan pengguna mengawal permainan didalam telefon bimbit mereka dengan lebih mudah dan berkesan. Pengguna tidak lagi terbatas dengan pengunaan butang kekunci untuk mengawal interaksi didalam setiap permainan yang dimainkan.

Peralatan ini mempunyai satu tombol kawalan pergerakan yang boleh digerakan menggunakan ibu jari dan satu butang kawalan aksi seperti menembak atau melompat yang boleh dilakukan dengan menekan jari telunjuk.

Pelbagai syarikat pengeluar permainan dan juga syarikat pengeluar telefon bimbit telah mengabungkan peralatan ini dengan produk atau peralatan yang mereka hasilkan. Dengan kos peralatan yang murah dan kesoronokan yang bertambah, ini diharap akan dapat menambahkan lagi peningkatan jualan dan permintaan terhadap barangan mereka.

Peralatan ini juga boleh diperolehi secara persendirian dipasaran dengan harga USD39.

3. Boltbrowser (www.boltbrowser.com)

Browser merupakan perisian yang diperlukan untuk melayari Internet, jika di komputer pengguna mempunyai banyak pilihan, ditelefon bimbit pula pilihan pengguna adalah terbatas kepada browser yang dibekalkan oleh syarikat pengeluar.

Kini terdapat Boltbrowser yang boleh dicuba oleh pengguna untuk melayari Internet melalui telefon bimbit. Boltbrower menjanjikan proses muat-turun laman web dengan lebih laju berbanding dengan berowser telefon bimbit yang lain.

Satu lagi kelebihan Boltbrowser adalah, ianya memberikan kemudahan mainsemula video dilaman web youtube yang tidak boleh dilakukan oleh kebanyakaan browser di telefon bimbit sebelum ini.

Boltbrowser boleh diperolehi secara percuma di laman web www.boltbrowser.com


4. Novatel MiFi (www.novatelwireless.com)

Novatel MiFi merupakan alat yang membolehkan sambungan Internet 3G dikongsikan melalui kemudahan WiFi. Jika dahulu kemudahan 3G modem hanya boleh disambungkan kepada sebuah komputer sahaja, kini dengan Novatel MiFi, ianya boleh dikongsikan secara terus melalui sambungan WiFi.

MiFi mempunyai kemudahan untuk slot SIM 3G dan slot MicroSD. Ianya mempunyai sistem pengoperasian Linux berserta dengan kemudahan Web Server.

Proses mendail untuk mendapatkan sambungan Internet boleh dilakukan melalui Web browser secara keseluruhan. Untuk mengakses sambungan, pengguna hanya perlu mempunyai kemudahan WiFi yang biasa.

Kemudahan ini juga membolehkan peralatan yang mempunyai kemudahan WiFi membentuk jaringan diantara satu sama lain. Dengan adanya kemudahan ini peralatan seperti router atau broadband modem tidak lagi diperlukan.

Peralatan seperti pencetak yang mempunyai kemudahan WiFi kini juga boleh dikongsikan dengan mudah tanpa perlu membeli WiFi AP tambahan.

Peralatan ini akan berada dipasaran pada pertengahan tahun ini , harga belum ditetapkan lagi

Terdapat banyak lagi barangan dan teknologi yang akan dikongsikan bersama pembaca Harian Metro apabila pameran GSM World 2009 bermula secara rasmi esok.


Tuesday, February 10, 2009

Kemudahan 3D secure untuk pembayaran melalui Kad Kredit di Internet

200902100745.jpg

Kad kredit merupakan teknik pembayaran pembelian tanpa perlu membawa sejumlah wang yang banyak. Teknologi telah mengubah cara kad kredit digunakan dari mula ianya diperkenalkan.

Kad kredit pada mula ianya diperkenalkan didalam bentuk kad bertujuan untuk mengantikan pengunaan matawang secara fizikal. Kini kad kredit juga telah digantikan dimana pembelian tidak lagi perlu menggunakan kad itu sendiri.

Apa yang penting untuk pembelian tanpa kad adalah maklumat yang tertera diatas kad tersebut. Maklumat tersebut adalah:

1. Nama pemilik kad

2. No 16 digit kad

3. Tarikh luput kad

Jika kad kredit ingin digunakan secara elektronik, terdapat no CVV (Credit Verification Value) yang perlu diketahui.

Kemudahan kad kredit sebelum ini tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang dapat menghalang ianya daripada disalahgunakan di Internet. Ini adalah kerana dahulu barang perlu dihantar ke alamat penghantar, tetapi dengan penghantaran secara elektronik penyalahgunaan lebih sukar untuk dikesan.

Kini terapat keudahan yang dinamakan 3D Secure yang dihasilkan oleh MasterCard dan VIsa. Kemudahan ini memerlukan pengguna memasukkan no pin apabila membuat transaksi secara online.

Kemudahan ini boleh diaktifkan oleh pemilik dilaman web pengeluar kad kredit tersebut.


200902100811.jpg

Login seperti biasa didalam laman web pembekal kad kredit anda dan aktifkan kemudahan ini mengikut arahan:

1. Klik diatas Activate Now! 200902100813.jpg


200902100814.jpg

2. Apabila kemudahan 3D secure telah diaktifkan, anda perlu menggunakan no pin yang disertakan apabila membuat transaksi di dalam laman web yang menyokong kemudahan 3D Secure ini.

Tuesday, February 03, 2009

Desktop Blogging

Blog merupakan konsep perkongsian maklumat terkini yang paling popular dikalangan penyumbang maklumat di Internet. Blog boleh dikemaskini secara langsung melalui laman web yang diberikan oleh pembekal kemudahan tersebut.

Terdapat pelbagai kemudahan blog yang boleh diperolehi secara percuma seperti blogger.com, typepad.com, wordpress dan pelbagai lagi. Kebanyakaan kemudahan blog memerlukan sambungan Internet apabila kandungan hendak ditaip. Kini terdapat kemudahan yang membolehkan kandungan blog ditaip didalam perisian tanpa memerlukan sambungan ke Internet.

Konsep menaip kandungan didalam perisian ini dinamakan Desktop Blogging. Seperti juga kemudahan laman blog, kemudahan desktop blogging ini juga kebanyakaan boleh diperolehi secara percuma.

Diantara kelebihan konsep desktop blogging ini adalah:

1. Kandungan boleh ditaip tanpa memerlukan sambungan Internet (Internet masih diperlukan untuk mengemaskinikan kandungan di laman blog)

2. Imej boleh ditambahkan kepada kandungan dengan menggunakan kaedah Copy dan Paste. Imej juga boleh diletakan di laman web penyimpanan imej berlainan seperti flickr dan picasa.

3. Satu posting boleh mengemaskinikan beberpa laman blog serentak.

4. Boleh mengakses beberapa laman blog serentak walaupun menggunakan Username yang berlainan.

5. Boleh menyimpan kandungan laman blog yang telah dikemaskini didalam komputer.

Diantara perisian Desktop Blogging yang popular adalah seperti:

Windows LiveWriter (http://download.live.com/writer)

200902030744.jpg


Zoundry Raven (www.zoundry.com)
200902030748.jpg

Scribefire (www.scribefire.com)


200902030751.jpg

ECTO (http://infinite-sushi.com/software/ecto/)

200902030752.jpg