Rakaman infoICT

Thursday, March 12, 2009

Kemudahan storan fail di Internet

Ramai daripada pengguna laman blog mungkin telah mengalami situasi dimana mereka ingin meletakkan maklumat tambahan yang berupa fail-fail seperti Powerpoint, PDF atau Excel didalam laman Blog mereka, namun kebanyakaan laman blog hanya membenarkan pengguna meletakan fail didalam bentuk Imej dan Video sahaja.

Walaupun terdapat banyak kemudahan penyimpanan fail percuma di Internet yang boleh digunakan namun, kebanyakaan kemudahan tersebut tidak sesuai kerana ianya dipenuhi dengan iklan dan proses memuat-naik agak sukar.

Terdapat beberapa faktor penting yang perlu diambil kira apabila kita hendak menggunakan kemudahan storan di Internet. Berikut adalah faktor-faktor berikut:

  1. Saiz penyimpanan - saiz penyimpanan perlulah bersesuaian dengan keperluan, kebanyakaan pemberi kemudahan bermula dengan 1GB sehingga 8GB.
  2. Proses memuat-naik - pastikan laman web memberikan kemudahan memuat-naik seperti berikut:
    1. Boleh memuat-naik beberapa fail serentak
    2. Mempunyai aplikasi tambahan yang boleh memuat-naik melalui desktop
  3. Capaian fail yang telah disimpan - laman web perlu memberikan kemudahan perkongsian secara terus (Direct Link) bukan dengan mengakses laman web mereka
  4. Saiz boleh dinaiktarafkan jika perlu (mungkin berbayar)

Diantara kemudahan yang boleh digunakan yang menjadi pilihan saya adalah www.box.net


200903120711.jpg

Fail yang telah disimpan boleh dicapai melalui capaian yang diberikan dan boleh diletakkan didalam laman web atau laman blog seperti dibawah.

200903120736.jpg

Tuesday, March 10, 2009

Mengukur kelajuan Internet

Sambungan Internet dicaj mengikut kelajuan, jika kelajuan kereta dikira mengikut Km/j, dan berat diukur menggunakan kilo bagaimanakah kelajuan Internet diukur?

Kelajuan Internet diukur menggunakan kaedah kbps iaitu kilobits per second. Satu huruf mengandungi 8 bits atau 1 byte. Ini bermakna jika kelajuan Internet anda adalah 1 kbps (1,024 bits/se saat) maka anda boleh memuat-turunkan sebanya 128 huruf didalam masa satu saat.

Untuk mengetahui kelajuan Internet yang digunakan, anda boleh mengukurnya menggunakan perisian yang boleh diperolehi di Internet. Anda juga boleh mengukur kelajuan melalui kemudahan yang diberikan oleh kebanyakaan laman web.

Diantara laman web yang memberikan kemudahan mengukur kelajuan adalah di www.speedtest.net.


200903100728.jpg
Pilih server yang hendak diukur


200903100730.jpg
Setelah selesai anda akan tahu kelajuan Internet anda.

Kelajuan Internet terbahagi kepada dua, kelajuan download dan kelajuan upload. Kelajuan download biasanya adalah lebih laju dari upload.

* Tip Mobile :

Langganan unlimited (tanpa-had) kemudahan broadband yang anda milki tidak sah jika anda berada di luar negara. Caj yang dikenakan akan dikira mengikut kilobyte yang anda gunakan. Caj yang dikenakan boleh mencecah 10 sen se kilobyte.

Jika anda berada diluar negara pastikan anda melanggan pakej unlimited yang berasingan. Caj yang dikenakan lebihkurang RM38 sehari.

Thursday, March 05, 2009

Kemudahan penyimpanan gambar di Internet melalui - Picasa

200903050731.jpg

Picasa merupakan kemudahan penyimpanan gambar digital di Internet yang dihasilkan oleh Google. Ianya boleh diakses di picasa.google.com.

Picasa berbeza daripada kemudahan penyimpanan imej dilaman web yang lain kerana:

  1. Ianya mempunyai kemudahan aplikasi - Aplikasi boleh dimuat-turunkan untuk membolehkan imej disusun atau diedit dengan mudah. Kemudahan Aplikasi juga membolahkan imej diupload dengan lebih cepat secara serentak tanpa perlu memuatnaik satu persatu.
  2. Ruangan storan penyimpanan adalah lebih besar. Oleh kerana konsep penyimpanan imej di Internet ini telah menjadi begitu popular, kebanyakaan penyedia kemudahan telah menghadkan jumlah gambar yang boleh diletakan. Ada juga pemberi kemudahan yang telah mengenakan bayaran jika jumlah gambar yang ingin diletakan telah melebihi had yang diberikan.
  3. Gambar yang telah diletakan di picasa boleh dikongsi dengan lebih mudah melalui email tanpa perlu menghantar imej yang ingin dkongsikan secara terus.